Thursday, September 17, 2009


Motor ooooo motor....

Al-kisah tiga minggu Avanzaku tersadai dibengkel, suamiku nak beli motor baru. Waduh, tuhan memang nak memakbulkan doa orang yang soleh (bisikku). Memang sebelum Avanzaku ditimpa malang suamiku selalu meluahkan hasrat hatinya tapi aku beri pelbagai alasan. Namun akibat selalu berebutkan Cherade Aura berplat ABU yang lebih dikenali sebagai Pak Abu, putus lidahku nak menolak hasrat murninya itu. Maka di satu petang yang hening suamiku yang manja minta ditemankan ke kedai motor di Seri Serdang. Sebagai isteri solehah aku pun menuruti kemahuannya dan turut memberi kerjasama dalam sesi memilih serta tawar menawar yang tiada tawar-tawar harganya.

Dua minggu kemudian, jurujual motor tersebut menelefon aku yang sedang berkuliah ganti kelas Dr Nik. Maka pada petang itu segala urusan jual beli telah selamat dijalankan.Keesokan harinya aku dan suami sekali lagi ke kedai tersebut. Walaupun motor itu tak seberapa besarvdan tak sehebat mana aku bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami. Mungkin motor tersebut bukanlah motor idaman suamiku namun ada cahaya kegembiraan di wajahnya. Dari jauh aku melihat jurujual menunjuk itu dan ini dan meminta suamiku mencuba apa-apa yang perlu. Setelah selesai segala urusan dan penyerahan yang sewajarnya, suamiku dengan tenangnya menunggang motorsikal barunya pulang. Aku mengikutinya dengan Pak Abu dari belakang.

Motor ooooo motor...

Al-kisah tiga minggu Avanzaku tersadai di bengkel, suamiku nak beli motor baru. Waduh, tuhan memang nak makbulkan orang yang soleh (bisikku). Memang sebelum Avanzaku ditimpa malang suamikubselalu meluahkan hasrat hatinya tapi aku beri pelbagai alasan. Namun akibat selalu berebutkan Cherade Aura berplat ABU yang lebih mesra digelar Pak Abu, putus lidahku nak menolak hasrat murninya itu. Maka di satu petang yang hening suamiku yang manja minta ditemankan ke kedai motor di Seri Serdang. Sebagai isteri solehah aku pun menuruti kemahuannya dan turut memberi kerjasama dalam sesi memilih seta tawar menawar yang tiada tawar-tawar harganya.

Selamat Tinggal Selamanya


Buat Avanzaku sayang, selamat jalan dan terima kasih atas segalanya jasa dan pengorbananmu kepada aku serta seluruh ahli keluargaku. Segala kenangan sepanjang kita bersama tidak akan aku lupakan selagi hayat dikandung badan.(Terdengar2 lagu malik Riduan.....Cukup sampai disini sayang, relakan perpisahan ini, Walau berat di hati... dan berat perasaan, tempuh dengan ketabahan...) Aku teringat masa kak dah berpisah dengan wiranya sebab suami tersayang nak bertukar kereta idaman, Kak Dah menangis dalam wiranya meluahkan perasaan sedih terpaksa berpisah dengan kereta miliknya yang dah dianggap sebahagian dari hidupnya. Masa tu aku tak dapat gambarkan perasaan yang Kak Dah rasakan tika itu, cuma aku dapat melahirkan rasa simpati atas apa yang dialaminya itu. Tapi bila aku dalam kerinduan kehilangan Avanzaku itu, sehingga kadang2 bergenang air mata terlihat Avanza yang sama dengan Avanzaku itu

Wednesday, September 16, 2009

selamat jalan untuk selamanya


Buat Avanzaku sayang selamat jalan dan terima kasih di atas segala pengorbananmu. Kenangan kita bersama tidak akan dapat ku lupakan selagi hayat dikandung badan. (terdengar2 lagu Malik Riduan) Cukup sampai di sini sayang…, relakan perpisahan ini, walau berat di hati dan berat perasaan, tempuh dengan ketabahan…..

Wednesday, September 9, 2009

Mamat Anak patung


Ingat tak, Mamat anakku yg. autistik tu. Yang mengalami masalah pertuturan n komunikasi. Pakar terapi mengatakan dia hanya mengajuk. Seperti yg dinasihati pakar, Aku selalu mengajarnya bersoal-jawab.

Aku: Mamat anak sapa?

Mamat: tak tau.

Aku: Anak ayah

Bila aku tanya dia akan jawab anak ayah.


Bila dia dah fasih aku akan tukar jawapan lain

Aku: Mamat anak sapa?

Mamat: Anak ayah.

Aku : Anak Roslan b kamaruddin. Jadi bila aku tanya dia akan jawab :Anak Roslan Kamaruddin.


Bila dia dah mahir dengan jawapan yang demikian aku tukar lagi.

Aku: Mamat anak sape?

Mamat: Anak Roslan Kamaruddin.

Aku: Anak Nur Liza Muhamed.

Bila dia dah mahir dia akan menjawab anak Roslan Kamaruddin dan kadang2 anak Nur Liza Mohamed.


Satu hari Mamat bermain dgn anak patung. Seperti biasa aku bertanya,

aku: Mamat anak sape?

Mamat: (Sambil merenungku nakal) Anak ....patung...hahaha dia ketawa.

Aku memang langsung tak menjangkakan jawapannya....Tuhan Maha Kaya. Dari seorang budak yang tidak tahu berkata-kata menjadi pengajuk yang setia kini sudah pandai bermain kata-kata...


Saturday, September 5, 2009

Malam ke-8

Perbandingan yang ditinggalkan oleh Ustaz Zulkarnain : Pokok semakin banyak diberi benda busuk dan buruk( seperti najis manusia atau haiwan, sisa bakaran sampah dan sisa makanan ), semakin banyak buah yang dihasilkannya dan semakin manis dan lazat rasa buahnya.- ITULAH IMAN.

Kata Ustaz Zul,
  1. Sunnah paling besar yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah SAW ialah solat berjemaah, hatta sehingga usianya hampir sampai ke penghujung baginda meminta para sahabat memapahnya ke masjid. Oleh itu sedaya upaya berjemaahlah.
  2. Akrab dan rasa kecintaan antara seorang dengan seorang yang lain sama ada antara sahabat mahupun darah daging dapat dizahirkan apabila ada rasa rindu dan keinginan kerapnya berjumpa. Maka akrabnya hubungan manusia dengan Penciptanya ialah dengan kerapnya manusia itu mengunjungi rumah penciptanya iaitu masjid terutamanya apabila hendak berjumpa dengannya iaitu ketika hendak bersolat. Terutamanya kaum Adam.
  3. Jangan batalkan sedekah dengan ungkitan!!!! Menyebut-nyebut samaada bagi tujuan menunjuk-nunjuk atau sebagainya.

Malam ke-7


Antara tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Fauzie, Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu 10 malam pertama malam keberkatan, 10 yang kedua malam keampunan dan 10 malam yang ketiga pembebasan dari api neraka. Pesan ustaz jangan pilih fasa-fasa berkenan di hati. Rebutlah ketiga-tiga fasa tersebut kerana saling lengkap-melengkapi. Tiada keampunan tanpa kasih sayang dan rahmat Allah dan tiada pembebasan api neraka tanpa keampunan Allah.


Banyak cara untuk mendapat kerahmatan Allah antara yang melekat diingatan ketika ini:



  1. Membaca Al-Quran.

  2. Istighfar-disiplinkan diri dan sebaiknya bawa tasbih.

  3. Berselawat keatas nabi.

Mengasihani makhluk di bumi terutama yang lemah maka kita akan mendapat rahmat oleh penduduk di langit.Ustaz anjurkan bela dan beri binatang makan. Tapi beliau turut mengingati jangan bela



  • Anjing,(malaikat rahmat tak masuk rumah. Begitu juga rumah yang ada patung kecuali patung mainan kanak-kanak. Kalau yang lebih baya kanak-kanak tujanganlah nak berpatung-patung lagi takut malaikat rahmat tak masuk. Namun malaikat maut tak pilih rumah.

  • Burung(Burung biasanya dibela di dalam sangkar dan duk seekor satu sangkar. Manusia menzalimi burung kerana menyekat kebebasannya dan keperluan hidupnya berpasang-pasangan)

Sesuatu yang menarik sepanjang ceramah selama 10 minit ini ialah beliau memandang setiap ibadah itu mudah dan memperlihatkan kebesaran dan pintu rahmat Allah ini luas. Memenuhi ciri-ciri da'i yang setiap apa yang disampaikan rasa-rasanya mudah sangat dilakukan. Beliau menyelitkan unsur-unsur lucu yang tidak keterlaluan dan bersahaja, mencuit hati khalayak tanpa ada rasa bosan atau mengantuk. Wallah hua'lam.

Thursday, September 3, 2009

Ustaz turut menambah kisah Yang berlaku pada zaman Rasullullah SAW. Baginda pernah didatangi didatangi pemuda yang mengaku berzina dengan isteri majikannya. Ayah pemuda tersebut meminta hukuman islam dijatuhkan. Baginda bertanya pemuda tersebut dan pemuda itu mengaku. Pemuda tersebut juga tidak meminta dilepaskan hukuman tersebut atas alasan baru sekali melakukan kesalahan. Maka hukuman sebat 100 kali dilaksanakan. Hukuman sebat dalam islam bukannya kejam sebaliknya untuk mengajar. Ada adab yang perlu dipatuhi oleh tukang sebat. Kita tinggalkan topik ini dulu.

Kita lihat apa yang berlaku kepada isteri majikan itu tadi. Apabila dihadapkan pertanyaan adakah dia mengaku berzina dengan pemuda tersebut, jawapannya tidak. Maka tidak ada apa-apa hukuman dikenakan ke atasnya. Pertanyaan yang diajukan oleh nabi juga tidak berbau ugutan atau ada unsur-unsur tekanan, hanya soalan biasa. Tidak pula diambil cakap-cakap orang atau bukti-bukti lain seperti mengusung tilam ke mahkamah ke..Itu saja tambahle.. Maka tidak berlakulah pengainayaan atau fitnah. Nampak sungguh kita takut undang-undang islam dilaksanakan di Malaysia kerana takut pada bayang-bayang sendiri dan takut dalam selimut kejahilan ilmu kita terhadap hukum yng diturunkan Allah terhadap makhluk yang diciptanya.

Malam tadi Pak Imam Membaca surah Al-Mulk. Antara kupasan yang diterangkan oleh penceramah jemputan semua insan dilahirkan suci seumpama air hujan dari langit bersih sebersih-bersihnya. Namun dalam perjalanan turun ke bumi bertembung segala unsur-unsur seperti habuk gas-gas dan toksid yang akan menyerap resap ke dalam air yang bersih tersebut. Apabila sampai ke bumi akan bercampur gaul dengan tanah dan sampai sarap yang akan mencemarkan air tersebut. Begitulah kehidupan kehidupan insan ini digambarkan dalam ayat tersebut.

Maka manusia yang tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan dianjurkan agar selalu bertaubat. Nabi Muhammad yang 'maksum' dan dijamin syurga oleh Allah SWT beristighfar tidak kurang 100 kali sehari dan bersolat taubat dan 'Qiamulalil' setiap malam, apakah wajar kita yang diibaratkan tercemar tersebut tidak melakukan sesuatu untuk membersihkan diri kita ini??? Aku sendiri berapa kali beristighfar?? Banyak sangat kut sampai lupa kira... atau sebaliknya. INGAT!!!

Ustaz turut menyentuh kisah artis remaja yang mahu hukuman sebat dijalankan ke atasnya akibat minum arak. Beliau menerangkan ramai umat islam takut dengan hukum Islam yang menurut pandangan kita yang dangkal ilmu ini. Dalam Islam yang sebenarnya kalau seorang pesalah yang ditangkap bersalah sedemikian tidak akan dihukum jika tidak mengaku melakukan kesalahan tersebut. Dan jika mengaku dan merayu tidak dihukum akan dipertimbangkan. sehingga 3 kali kesalahan dilakukannya barulah hukuman sebat sebat tersebut dijalankan ke atasnya.