Saturday, September 5, 2009


Malam ke-7


Antara tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Fauzie, Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu 10 malam pertama malam keberkatan, 10 yang kedua malam keampunan dan 10 malam yang ketiga pembebasan dari api neraka. Pesan ustaz jangan pilih fasa-fasa berkenan di hati. Rebutlah ketiga-tiga fasa tersebut kerana saling lengkap-melengkapi. Tiada keampunan tanpa kasih sayang dan rahmat Allah dan tiada pembebasan api neraka tanpa keampunan Allah.


Banyak cara untuk mendapat kerahmatan Allah antara yang melekat diingatan ketika ini:



  1. Membaca Al-Quran.

  2. Istighfar-disiplinkan diri dan sebaiknya bawa tasbih.

  3. Berselawat keatas nabi.

Mengasihani makhluk di bumi terutama yang lemah maka kita akan mendapat rahmat oleh penduduk di langit.Ustaz anjurkan bela dan beri binatang makan. Tapi beliau turut mengingati jangan bela



  • Anjing,(malaikat rahmat tak masuk rumah. Begitu juga rumah yang ada patung kecuali patung mainan kanak-kanak. Kalau yang lebih baya kanak-kanak tujanganlah nak berpatung-patung lagi takut malaikat rahmat tak masuk. Namun malaikat maut tak pilih rumah.

  • Burung(Burung biasanya dibela di dalam sangkar dan duk seekor satu sangkar. Manusia menzalimi burung kerana menyekat kebebasannya dan keperluan hidupnya berpasang-pasangan)

Sesuatu yang menarik sepanjang ceramah selama 10 minit ini ialah beliau memandang setiap ibadah itu mudah dan memperlihatkan kebesaran dan pintu rahmat Allah ini luas. Memenuhi ciri-ciri da'i yang setiap apa yang disampaikan rasa-rasanya mudah sangat dilakukan. Beliau menyelitkan unsur-unsur lucu yang tidak keterlaluan dan bersahaja, mencuit hati khalayak tanpa ada rasa bosan atau mengantuk. Wallah hua'lam.

No comments:

Post a Comment