Thursday, September 3, 2009

Ustaz turut menambah kisah Yang berlaku pada zaman Rasullullah SAW. Baginda pernah didatangi didatangi pemuda yang mengaku berzina dengan isteri majikannya. Ayah pemuda tersebut meminta hukuman islam dijatuhkan. Baginda bertanya pemuda tersebut dan pemuda itu mengaku. Pemuda tersebut juga tidak meminta dilepaskan hukuman tersebut atas alasan baru sekali melakukan kesalahan. Maka hukuman sebat 100 kali dilaksanakan. Hukuman sebat dalam islam bukannya kejam sebaliknya untuk mengajar. Ada adab yang perlu dipatuhi oleh tukang sebat. Kita tinggalkan topik ini dulu.

Kita lihat apa yang berlaku kepada isteri majikan itu tadi. Apabila dihadapkan pertanyaan adakah dia mengaku berzina dengan pemuda tersebut, jawapannya tidak. Maka tidak ada apa-apa hukuman dikenakan ke atasnya. Pertanyaan yang diajukan oleh nabi juga tidak berbau ugutan atau ada unsur-unsur tekanan, hanya soalan biasa. Tidak pula diambil cakap-cakap orang atau bukti-bukti lain seperti mengusung tilam ke mahkamah ke..Itu saja tambahle.. Maka tidak berlakulah pengainayaan atau fitnah. Nampak sungguh kita takut undang-undang islam dilaksanakan di Malaysia kerana takut pada bayang-bayang sendiri dan takut dalam selimut kejahilan ilmu kita terhadap hukum yng diturunkan Allah terhadap makhluk yang diciptanya.

2 comments:

  1. Wah..kak nur dah aktif sekarang...kerap menghasilkan post yg bagus2...teruskan usaha untuk diri dan kengkawan....tahniah

    ReplyDelete
  2. k nur kisah ni macam tak habis je lagi. boleh k nur tulis sampai habis? saya bab-bab membaca cerita suka sangat macam budak-budak dalam kelas yang akan telopong mulutnya apabila cikgu bercerita...

    ReplyDelete