Saturday, May 2, 2009



Potret anak-anakku




Angah semasa

menghadiri Majlis

Penutupan Kem

Hafazan di Masjid

Jamek Serdang.

Allah hu Akbar!!!




Along dan Mamat
yang sedang menikmati suasana Cuti-cuti sekolah

sambil jalan-jalan makan angin. Orangautism perlu selal dikeluarkan

dari dunia kebiasaan mereka.





















Nurhusnina Juaina ( 5 thn), Muhamad Jaris -Mamat (8 thn )

dan Muhamad Junaidi (10 thn) dengan aksi tersendiri

di halaman Istana Budaya.( Aku percaya Mamat berjaya

membesarkan saiz dunia autistiknya adalah kerana

dunianya itu sentiasa diganggu oleh adik-beradiknya

yang ramai itu)

Doa dan harapan

Dengarlah anak-anakku.......
Anak-anak adalah cahayamata Penyejuk hati penyejuk mata
Nikmat Allah yang paling bahagia Hikmat melahirkannya di dunia
Amanah Allah yang mesti dijaga

Dididik dan dipelihara...Mencuaikannya khianat dan dosa
lLahirnya ibu bapa tentu nasib mereka
Hakikatnya dari tuhan yang esa......

Apakah merekakan jadi Yahudi....jadi Nasrani dan Majusi ???
Atau Merekakan jadi Mursyid
Mereka amanah dari Allah

Mereka harta yang berharga di dunia
Jariah kita di negeri abadi
Atau tuan besar yang memperhabakan kita
Yang menyusahkan sepanjang masa.....
(Mudah-mudahan anak-anakku tergolong dalam kalangan muslim soleh dan solehah.
Hiasan Pokok Serdang

Serdang ooooooo Serdang

Tahukan anda bagaimana Serdang mendapat nama. Mungkin bagi penduduk tempatan atau mereka yang sudah lama bermastautin di sini tahu asal usul nama Serdang ini. Bagi yang tidak tahu saya ingin berkongsi kisah dengan anda.

Ada pun nama Serdang diambil daripada nama sejenis pokok. Pokok ini biasa kita lihat sebagai hiasan di rumah-rumah, pejabat-pejabat, pinggir-pinggir jalan atau di taman-taman rekreasi. Pokok serdang ini cantik ditanam diatas tanah mahupun di dalam pasu. Mungkin pihak tertentu boleh menggalakkan penanaman pokok sedang ini di premis-premis mereka sebagai lambang atau ‘trade –mark’ pekan ini.

Anakku Autism



Mamat atau Muhamad Jaris

ketika graduasi tadikanya 2 tahun lalu.


Autisme, autistik, atau autism...... satu istilah yang sangat ganjil dan yang sangat asing bagi diriku 7 tahun yang lalu. Ketika anakku yang ke lima berusia 2 tahun enam bulan pakar kanan-kanak dan pakar saraf dari HUKM iaitu Prof. Dr. Ong Lai Chu mengatakan simtom itu ada pada Mohamad Jaris atau lebih manja dengan gelaran Mamat. Ketua Jabatan Pediatik danPakar Kanak-kanak Hospital Ipoh Dr. Amar Singh setelah menjalankan ujian selama lebih kurang hampir setengah jam menyatakan yang Mamat bukan mengalami “mild” autistik tetapi memang autistik yang ketara. Apa yang aku faham tentng autistik ialah manusia yang tidak dapat berinteraksi dengan dunia luar atau orang yang hidup dalam dunianya tersendiri.
Tanda-tanda utama autism antara yang utama ialah tiada kontek mata. Sebelum Mamat terkena serangan saraf, segala-galanya normal. Dia adalah antara bayi aku yang paling cepat perkembangannya dan paling baik kerana tidak banyak kerenah dan jarang-jarang menangis. Sebelum serangan saraf berlaku keatasnya, iaitu ketika berusia tujuh bulan, Mamat sudah mula mempalang untuk berjalan-jalan jatuh. Dia sudah mula mengimbangi badannya untuk bertatih. Namun menjelang Ramadhan tahun 2001 Mamat mengalami perubahan yang pelik. Apabila hampir azan Zohor, ia akan menangis dengan kuat dan akan berhenti apabila sampai waktu tidurnya. Kalau hari itu dia tidur lepas Magrib, dapatlah aku melepaskan lelah dan perasaan tertekan untuk hari itu tapi kalau Mamat buat hal hingga larut malam ...... tak dapat nak aku gambarkan perasaanku itu.

Nasiblah ketika itu cuti sekolah dah pun bermula. Jadi apa yang aku lakukan ketika keresahan mula melanda Mamat, Aku akan mendukungnya. Dan dapatlah aku mengenalpasti dengan lebih terperinci perubahan yang dialami oleh Mamat sebelum, semasa dan selepas serangan itu. Aku dapati sebelum serangan saraf menyerangnya, ia mengalami keresahan yang yang ketara sambil menggosok-gosok matanya. Ia akan minta didukung dan tak mahu turun dari pangkuan ibunya. Semasa dalam dukunganku itu aku terasa badannya tersentak-sentak, menangis sekuat-kuat hati dan diam seketika dan ia berulang-ulang untuk satu jangka masa tertentu yang istilah doktor satu episod serangan. Setiap episod mengambil masa beberapa minit dan setiap hari akan terjadi beberapa episod. Masa itu pula aku sedang giat melatih anak ketiga yang berusia lima tahun berpuasa, begitu juga dengan anak sulung (Sembilan tahun) dan anak kedua ( tujuh tahun ) yang sudah mula berpuasa penuh. Aku juga tidak dapat memasak makanan kegemaran keluarga untuk dinikmati semasa berbuka.

Anakku Autistm - 2



Mamat dan Jeena bermain basikal di halaman rumah.
Jeena merupakan kawan bermain yang paling sporting juga pasangan bergaduh yang tak kurang hebat disamping menjadi guru yang paling banyak mengajar Mamat mengenali dunia luar dari kepompong autisnya.

Disebabkan penyakit Mamat ini menyerang setiap tengah hari, aku dan suami menjangkakan mungkin sakit ‘kampung’ dan kami membawa Mamat berubat pada pengamal-pengamal perubatan tradisional dan orang-orang alim.Seterusnya kami membawa Mamat ke klinik demi klinik apabila tiada perubahan positif. Dan setiap kali ke klinik, Mamat akan diberi ubat yang sama iaitu ubat selsema, muntah dan angin akibat terlalu banyak menagis. Setelah dua minggu berlalu kami membawa Mamat ke Ipoh Specialist Centre. Ketika kaki aku melangkah masuk ke bilik Dr. Adline, Pakar kanak-kanak di situ, Mamat mengalami serangan saraf. Dr. Adline yang pernah berjumpa kes sebegitu, terus menyuruh aku membawa Mamat membuat ujian EEG untuk mengesahkan kesihatan saraf Mamat. Dr. Adline mengesahkan yang Mamat mendapat serangan saraf yang dikenali sebagai ‘West Syndrome ’ dan diklasifikasi sebagai ‘Salam Attack’

Mamat disarankan untuk dimasukkan ke ICU yang belanja untuk bedding saja RM1000 sehari tidak termasuk ubat dan lain-lain rawatan. Dr. Adlin menganggarkan Mamat akan ditahan sekurang-kurangnya seminggu untuk menentukan jenis ubat yang akan diberikan kepada Mamat. Aku mohon untuk dimasukkan ke Hospital Ipoh memandangkan pembiayaan yang tinggi itu tidak menjamin kesembuhan total unyuk Mamat. Dr. Adline seorang doktor yang sangat perihatin dan professional. Dia menelefon Hospital Ipoh memastikan Katil di ICU telah disediakan untuk Mamat, barulah kami dibenarkan ke sana.

Setelah dirawat selama lapan hari di Hospital Ipoh, Mamat di benarkan keluar dengan beberapa temu janji dengan pakar perkembangan kanak-kanak, pakar mata, pakar ENT dan lain-lain ujian juga mengabil ubat-ubat mengikut suatan dan masa. Sejak itu hospital merupakan rumah kedua bagi Mamat. Dan apa yang menyesakkan fikiran aku ialah sebelum keluar doktor di situ mengatakan Mamat buta dan pekak. Enam bulan selepas itu berulang alik ke pakar mata menjalani pelbagai ujian barulah mamat disahkan tidak buta, cuma hilang ‘eye-conteck’.

Setelah keluar dari Hospital Ipoh aku berjumpa lagi dengan Dr. Adline dan dia menasihati aku berjumpa pakar kanak-kanak dan pakar saraf yang ketika itu ada empat orang sahaja di Malaysia. Aku telah memilih Prof. Ong Lai Chu yang berkhidmat di HUKM memandangkan lokasi hospital lebih familiar. Beliau telah sekali lagi membuat temujanji untuk aku dengan pakar berkenaan. Bagaimana pun bukan mudah untuk berjumpa pakar di hospital kerajaan. Setelah menunggu setahun lebih dan setelah berjumpa doktor-doktor pakar yang lain barulah aku dapat berjumpa dengan Profesor tersebut. Melalui beliau aku difahamkan tiada ubat untuk autism yang ada hanyalah latihan. Bayangkanlah, begitu lama aku menunggu untuk berjumpa seorang pakar untuk mencari ubat bagi anak aku namun apabila berjumpa .........Bagaimanapun pakar lebih tahu daripada aku. Aku patuhi apa saja yang dianjur oleh mereka. Mamat disarankan menjalani terapi pulih kerja di PDK yakni Pusat Dalam Komoditi di Parit, selain daripada terus berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak.

Sepanjang membesarkan Mamat aku belajar mengenali autism. Dan ketika aku sambung belajar ini jika ada peluang mengkaji tentang autism ini aku tak lepaskan peluang . Melalui Assigment komunikasi semester lepas, aku buat tentang tajuk autism. Rupa-rupanya autism bukan sejenis penyakit tetapi merupakan kecacatan. Itulah sebabnya professor tersebut mengatakan tiada ubat untuk autistic tetapi tingkah laku mereka perlu dilatih. Aku teringat bagaimana aku melatih Mamat untuk membuat ‘hubungan mata’ dengannya. Setiap kali aku memanggil namanya aku akan palingkan kepalanya mengadap ke mukaku sehingga matanya merenung ke mataku. Begitu juga yang aku anjurkan kepada ayah dan adik-beradik Mamat yang lain. Tetapi latihan ini memerlukan kesabaran dan masa yang panjang. Hasilnya sekarang kalau kita memanggil namanya yang berada selang dua atau tiga bilik dia akan menyahut dan berlari mendapatkan kita untuk hubungan mata.

Selain itu masalah besar untuk orang-orang autism ini ialah masalah pertuturan. Dia sukar untu menuturkan kata-kata. Ketika berumur hampir tiga tahun Mamat hanya tahu menyebut mak, itu pun untuk semua perkara yang ia maksudkan. Puaslah diajar ia bercakap tapi memang menglami kesukaran. Untuk mendapatkan perkhidmatan terapi pertuturan agak sukar kerana bilangan mereka memang terhad. Apabila aku dan anak-anak berpindah ke sini mengikut suami pada tahun 2005, Mamat berpeluang mendapat perhidmatan terapi pertuturan di HUKM. Masa itu perbendaharaan kata Mamat belum sampai sepuluh perkataan lagi. Lebih kurang dua tahun selepas itu Mamat menunjukkan perkembangan yang positif dan dalam tempuh tersebut dia tidak perlu mengikuti terapi pertuturan lagi. Walaupun pada permulaannya dia hanya sebagai ‘parrot’ mengajuk cakap atau ayat yang didengarnya namun kini Mamat sudah boleh melahirkan isi hatinya. Satu hari ketika kami berehat-rehat di ruang tamu Mamat berkata, “Cepatlah ayah, naik kereta. Mamat nak pegi taman mainan”.

Sesuatau yang aku perhatikan tentang Mamat ia tidak mengeluarkan perkataan pelat seperti kanak-kanak lain. Walaupun ia susah untuk berkata, perkataannya jelas dan tepat sebutannya. Banyak lagi insiden-insiden lucu, cemas dan pelbagai rasa membesarkan Mamat. Jika berpeluang akan aku kisahkan nanti....Insyaalah.

DR. NURMALIZA ;Penyuluh Ilmu IT

Pensyarah yang berjaya mengeluarkan aku dari kegelapan dunia IT


Bahasa Dalam Multimedia itulah subjek yang diajar oleh Dr. kepada kumpulan kami. Sebagai mahasitua yang memang sangat kurang mahir dengan ilmu teknologi terkini aku merangkak-rangkak dan meraba-raba mempelajari IT. Aku gagahi jua dengan segala kudrat yang ada berserta sokongan rakan-rakan yang mengerti serta orang-orang terdekat yang memahami. Moga aku mampu menggunakan segala ilmu yang aku pelajari ini untuk kepentingan diri, keluarga, profesyen dan masyarakat umumnya. Amin... amin ya Rabbul Alamin. Kalungan tahniah buat Dr yang begitu gigih mengajar kami khususnya aku yang begitu cetek ilmu IT bagi menghadapi arus dunia masa kini. Sebenarnya ketandusan ilmu menyebabkan aku semakin menolak penggunaan teknologi. Namun suntikan ilmu serta semangat yang diberi oleh Dr yang merupakan seorang pensyarah yang tegas tetapi sporting serta sangat disenangi lagi dikagumi berjaya mengubah pendirian aku itu.