Saturday, May 2, 2009

Anakku Autism



Mamat atau Muhamad Jaris

ketika graduasi tadikanya 2 tahun lalu.


Autisme, autistik, atau autism...... satu istilah yang sangat ganjil dan yang sangat asing bagi diriku 7 tahun yang lalu. Ketika anakku yang ke lima berusia 2 tahun enam bulan pakar kanan-kanak dan pakar saraf dari HUKM iaitu Prof. Dr. Ong Lai Chu mengatakan simtom itu ada pada Mohamad Jaris atau lebih manja dengan gelaran Mamat. Ketua Jabatan Pediatik danPakar Kanak-kanak Hospital Ipoh Dr. Amar Singh setelah menjalankan ujian selama lebih kurang hampir setengah jam menyatakan yang Mamat bukan mengalami “mild” autistik tetapi memang autistik yang ketara. Apa yang aku faham tentng autistik ialah manusia yang tidak dapat berinteraksi dengan dunia luar atau orang yang hidup dalam dunianya tersendiri.
Tanda-tanda utama autism antara yang utama ialah tiada kontek mata. Sebelum Mamat terkena serangan saraf, segala-galanya normal. Dia adalah antara bayi aku yang paling cepat perkembangannya dan paling baik kerana tidak banyak kerenah dan jarang-jarang menangis. Sebelum serangan saraf berlaku keatasnya, iaitu ketika berusia tujuh bulan, Mamat sudah mula mempalang untuk berjalan-jalan jatuh. Dia sudah mula mengimbangi badannya untuk bertatih. Namun menjelang Ramadhan tahun 2001 Mamat mengalami perubahan yang pelik. Apabila hampir azan Zohor, ia akan menangis dengan kuat dan akan berhenti apabila sampai waktu tidurnya. Kalau hari itu dia tidur lepas Magrib, dapatlah aku melepaskan lelah dan perasaan tertekan untuk hari itu tapi kalau Mamat buat hal hingga larut malam ...... tak dapat nak aku gambarkan perasaanku itu.

Nasiblah ketika itu cuti sekolah dah pun bermula. Jadi apa yang aku lakukan ketika keresahan mula melanda Mamat, Aku akan mendukungnya. Dan dapatlah aku mengenalpasti dengan lebih terperinci perubahan yang dialami oleh Mamat sebelum, semasa dan selepas serangan itu. Aku dapati sebelum serangan saraf menyerangnya, ia mengalami keresahan yang yang ketara sambil menggosok-gosok matanya. Ia akan minta didukung dan tak mahu turun dari pangkuan ibunya. Semasa dalam dukunganku itu aku terasa badannya tersentak-sentak, menangis sekuat-kuat hati dan diam seketika dan ia berulang-ulang untuk satu jangka masa tertentu yang istilah doktor satu episod serangan. Setiap episod mengambil masa beberapa minit dan setiap hari akan terjadi beberapa episod. Masa itu pula aku sedang giat melatih anak ketiga yang berusia lima tahun berpuasa, begitu juga dengan anak sulung (Sembilan tahun) dan anak kedua ( tujuh tahun ) yang sudah mula berpuasa penuh. Aku juga tidak dapat memasak makanan kegemaran keluarga untuk dinikmati semasa berbuka.

No comments:

Post a Comment