Saturday, April 18, 2009

doaku


Ya Allah,

Berikan Aku Kekuatan
Ya Allah,Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah...

Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....
aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...

Ujian apakah ini Ya Allah....
Aku tidak harus mempersoalkannya..
Ampunkan aku Ya Allah...

Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...
Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..
Aku Redha Ya Allah..
Cinta Mu cinta yang kekal Ya Allah..

Aku selalu dikhianati oleh cinta manusiacinta ikhlas ku dibalas dusta oleh manusia..
Hanya cinta Mu Ya Allah..
Yang kekal Selamanya.....
Moga aku bahagia dengan Cinta Mu Ya ALLAH

berbahasa basi

Seloka Cak Kun Cak

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu masyhur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak direnang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendak diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termasyhur
Usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur


La.. la.. la.. la..

Kulitnya bersih hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih

Jadikan bersih hati pun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih hati pun putih
Dialah khazanah pintu terpilih

Aa.. aa.. aa.. aa..
Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

kisah teladan

KISAH EMPAT ISTERI

Sama-sama kita baca artikel dibawah dan kita ambil pengajaran dr apa yang terkandung didalamnya....dan sama-sama kita sampaikan pada org yang tak masuk dalam portal ini....semoga kita dapat manfaat bersama.wallahualam....

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.

"Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.

"Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

selamat hari lahir


7 April, detik bersejarah
7 April, detik bertuah
7 April 1997 kami dikurniakan anak ketiga
7 April 2004 kami dikurniakan anak keenam
7 April tarikh keramat anugerah Allah yang besar ertinya
dan besar juga tanggungjawabnya.....
Nurina Jalilah dan Nurhusnina Juaina
membesarlah kalian sebagai anak solehah

PETUA KHUSYUK DALAM SOLAT

"Kenapa susah sangat nak khusyuk dalam sembahyang ya? Bagaimana nak capai kekhusyukan dalam sembahyang supaya amalan kita di terima oleh Allah dan doa kita dikabulkan oleh Allah?" Berusaha mengkhusyukkan diri ketika mengadap Allah, harus diikhtiarkan dan diamalkan. Berikut ialah beberapa kaedah untuk memperolehi kekhusyukan dalam sembahyang seperti yang terdapat di dalam buku Amalan Sepanjang Hayat

1. Sembahyang berjemaah (yang paling afdhal ialah di masjid)

2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal di makan dan diminum dan yang di dapati daripada punca yang halal, begitu juga makanan yang syubhat (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan ada dicampurkan benda-benda yang haram tetapi tidak jelas.)

3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin

4. Jangan sembahyang dengan menahan buang air besar atau air kecil. Selesaikan atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam sembahyang.

5. Mengambil wuduk dgn sempurna supaya air mengena semua anggota-anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.

6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas, seperti ingin mengadap orang besar

7. Sembahyang di awal waktu (melainkan ada majlis ilmu atau zikir, maka sembahyang isyak sunat dilambatkan sehingga selesai majlis itu.

8. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau mambimbangkan hati.

9. Mengingatkan mati dan kemungkinan yang sembahyang itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidup

10. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dgn Allah Yang Maha Agong dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya

11. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri kerana Allah melihat setiap gerak geri kita.

12. Memahami segala bacaan dalam sembahyang termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.

13. Sebelum mangangkat takbir, baca surah An-Nas, selawat ke atas Nabi, Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

14. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa di dalam sembahyang

15. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang.

16. Memanjangkan masa rukuk dan sujud

17. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita sembahyang.

18. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

19. Hendaklah memandang ke tempat sujud.

kata-kata

PESANAN BISTARI

Makna yang asli adalah daripada satu bahasa, terlalu sukar untuk diertikan dalam bahasa yang lain. - HAMKA Dua puluh enam huruf Rumi (Latin) tidak cukup untuk menggantikan 26 huruf Jawi (Arab). - HAMKA

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah. - PERIBAHASA

Saudara itu ada tiga lapisan. Pertama, saudara seperti makanan yang tidak dapatdiketepikan sama sekali untuk selama-lamanya, saudara seperti ubat yang diperlukandalam tempoh yang tertentu dan saudara seperti penyakit yang tidak diperlukansama sekali. - KHALIFAH AL-MA'MUN

Apabila sempurna akal, kuranglah perkataan. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Orang yang memperbanyakkan fikirannya pada akibat, tidak akan berani. - SAIDINA ALI ABI TALIB

Saudara yang besar menjadi pemimpin bagi adik-adiknya. Saudara yang lelaki menjadipembela bagi yang perempuan. Maka yang memikul kewajiban lebih berat ialah saudara-saudarayang tertua. - HAMKA

Orang yang suka membuat fitnah, lidahnya beracun, hatinya bernanah. - AL-KHALIL AHMAD

Gagal itu tiang kejayaan. - PERIBAHASA WALES

Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itu jahil. - IMAM SYAFIE

Kekayaan saudagar itu pada pundi-pundi emasnya, kekayaan ilmu itu pada helai-helaikertasnya. - LIDAH PENDETA

Perkataan itu seperti ubat. Kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalubanyak bercakap nescaya membunuh. - AMRU AL-AS

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. - UMAR AL-KHATTAB

Ad-din itu ialah akal, tidak ada ad-din bagi seseorang yang tidak mempunyai akal. - MAKSUD HADIS

Masyarakat kapitalis memang memajukan wanita, membawanya ke dalam persamaan. Tetapidi dalamnya terkandung niat yang busuk dan niat hina. - HAMKA

Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu mendatar dan ditaburi bunga, melainkanadakalanya disirami dengan air mata dan juga darah. - HAMKA

Jangan tiru perangai lampu, menerangi orang lain tetapi dirinya sendiri yang terbakar.Contohilah perangai bulan, tiap kali bertentangan dengan matahari, dia mendapat cahayabaru. - AL-KL-KINDI

Tujuan utama dalam pendidikan mendekatkan diri kepada Allah, bukan kerana mencarinama, pangkat, pengaruh atau mengharapkan pujian orang. - MUSLIM

Kesabaran bukan berertinya tiada perasaan. Kesabaran ialah kesanggupan mengendalikanperasaan ketika sedih menimpa. - HAMKA

Berhati-hati ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saat bodohnya orang berilmu.Dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya keadaan tergelincir. - MUSLIM YASAR

Kalau seekor serigala jatuh ke dalam sumur, ia terpaksa - dengan segala hormatnya -meminta pertolongan kambing. - PERIBAHASA

Orang yang banyak cakapnya, nescaya banyak bohongnya. Orang yang banyak hartanya,nescaya banyak dosanya. Dan orang yang banyak buruk akhlaknya, nescaya ia menyeksadirinya. - AL-HASAN

Sesungguhnya aku suapkan sesuap makanan kepada temanku, maka aku memperolehi rasanyapada halkumku. - ABU SULAIMAN AD DARANI

Yang sangat berguna ialah seorang lelaki yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahubatas akalnya kemudian ia bekerja menurut darjat dan batasnya. - IMAM SYAFI'E

Kepapaan membawa seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menjadikanseorang yang bijak itu bodoh. - SAYIDINA ALI ABI TALIB B

anyak bekerja badan sakit. Banyak berfikir otak penat. Banyak berjalan kaki penat. Sebab itu, disamping bekerja wajib istirehat. Hidup ini sendiri adalah suatu kepenatan. - HAMKA Apabila orang yang dipandang sebagai ketua, mudah memarahi seseorang dengan tuduhanyang bukan-bukan, nilai hormat orang lain terhadapnya akan luntur. - BUDIMAN

Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah dan ilmuyang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkah laku angggotanya. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Makanan bagi seseorang, kadang-kadang menjadi racun pada orang lain. - PROF. ZULKIFLI MUHAMMAD

Ilmu pengetahuan bukan ciptaan manusia, tetapi rahsia takdir Tuhan yang dipinjamkankepada manusia. Oleh itu, manusia tidak harus berlaku sombong dengan ilmu pengetahuanyang dimiliki, malah sepatutnya bersyukur. - HAMKA

Orang yang zalim pasti menerima akibat buruk daripada kezalimannya, mereka akanbinasa menurut cara-cara sendiri yang telah ditentukan oleh Tuhan. - HAMKA

Aku hairan melihat orang yang berpantang daripada halal kerana takut sakit, tetapitidak berpantang daripada yang haram kerana takutkan neraka. - IBNU SJABRAMAH

Cara terbaik untuk maju adalah berbuat sendiri menurut nasihat yang anda berikankepada orang lain. - ANONIM S

ewaktu kecil, anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya kerana tumpuandan harapan maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. - HAMKA

Renungkan kesalahan sendiri sebelum anda tidur, dan kesalahan orang lain setelah terlena. - PERIBAHASA CHINA

gambar keluarga


  • KITA TELAH KEHILANGAN

    Kita telah kehilangan simfoni burung-burung di pagi hariberganti jerit riuh kendaraan, manusia-manusia yang berlarididesak. Didesak-desakkebutuhan-kebutuhan manusia kiniberlari mengejar materi. tamak.tak henti. tak hentihenti
    Kita telah kehilangan lembut anginmenerbangkan aroma rumput wangiberganti aroma sampah bertebaran
    Kita telah kehilangan murni udara pohon-pohon hijau
    Kini hanya tersisahutan-hutan yang risausatwa-satwa yang gelisahpohon-pohon yang resah(kapan giliran mereka disesah?)
    Kita telah kehilangan senja dan langit berwarna jinggadi hari-hari kitaberganti kini dengan keruh megatertutup emisi gas rumah kaca
    Kita telah kehilangan musim yang manisYang dulu silih berganti dengan teraturtak seperti kinihujan dan kemarau tertukarpada musim yang tak benar
    Kita telah kehilanganTak terhitung bilangan
    Akankah kita kehilangan lagianak-anak masa depantanpa harapan?

Friday, April 17, 2009

Tanah Airku Tercinta







Sambutan Penghayatan Kemerdekaan ke-50, SK. Taman Universiti.
Gambar atas-Tarian Joget Oh Malaysia oleh murid-murid tahun tahun 4'2007Malis perhimpunan sesi petang



Rentetan Perjuangan Bangsa Untuk Mencapai Kemerdekaan

Malaysia telah memperoleh kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa
rintangan yang terpaksa ditempuhi sebelum kemerdekaan negara diperolehi.
Rintangan yang terpaksa ditempuh ialah penguasaan Parti Komunis Malaya (1943) di Tanah Melayu melalui cawangan tenteranya yang dikenali sebagai MPAJA yang menggunakan lambang bintang tiga yang mewakili tiga kaum dalam masa 14 hari selepas Perang Dunia Kedua. PKM berjaya menguasai bandar, daerah, balai polis dan pejabat kerajaan yang ditinggalkan oleh Jepun. PKM menjalankan undang-undang mereka sendiri dengan menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa sahaja yang dianggap bekerjasama dengan Jepun, mengenakan cukai kepala, cukai harta, dan cukai tanah yang tinggi kepada penduduk kampung.

Inggeris telah mengisytiharkan darurat di Sungai Siput dan beberapa kawasan di Johor pada 18 Jun 1948, keesokannya di Tanah Melayu dan di Singapura pada 23 Jun 1948. Pada 28 dan 29 Disember 1955, Rundingan Baling diadakan antara wakil kerajaan Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock dengan wakil PKM Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin untuk menamatkan perjuangan PKM tetapi gagal.

Seterusnya semangat nasionalisme orang Melayu mula wujud apabila pentadbiran Malayan Union diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur. Gabenor Malayan Union yang pertama ialah Sir Edward Gent. Antara tujuan Malayan Union ialah membentuk satu bangsa Malayan Union, mengawal kuasa politik orang Melayu, menjimatkan perbelanjaan pentadbiran, menjamin kesinambungan kuasa British, memastikan sumbangan pendatang berterusan dan menyediakan Tanah Melayu ke arah pembentukan berkerajaan sendiri.

Malayan Union telah mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada sebuah tanah jajahan mahkota. Manakala ciri perlembagaannya pula ialah semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat digabungkan menjadi unit politik serta Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union ditubuh. Kerakyatan Malayan Union berasaskan kesamarataan dengan prinsip jus soli. Raja-raja hanya menjadi ahli Majlis Melayu yang membincangkan hal ehwal agama dan istiadat Melayu.

Penubuhan Malayan Union jelas menunjukkan usaha British untuk memperkukuhkan kuasa politik dan ekonominya. Muslihat British ini disedari dan ditentang oleh orang Melayu kerana terhapusnya kuasa raja-raja dan tamadun Melayu, kerakyatan Malayan Union terlalu longgar dan tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu. Penentangan orang Melayu secara individu, melalui akhbar dan secara kolektif. Ekoran itu, UMNO telah ditubuhkan dan Dato’ Onn Ja’afar merupakan presidennya yang pertama.
Orang Melayu telah mengadakan bantahan secara aman di seluruh Semenanjung dan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union. UMNO merupakan organisasi Melayu yang bertujuan untuk menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu penyatu bangsa dan penjana sosioekonomi serta tulang belakang kerajaan yang merdeka.

Seterusnya Parti Perikatan dibentuk dan Pilihan raya Majlis Bandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Parti Perikatan mendapat sokongan seluruh rakyat dan seperti yang dijanjikan Parti Perikatan menuntut kemerdekaan. Rundingan kemerdekaan di London telah berlangsung selama hampir tiga minggu iaitu 18 Jan – 8 Feb 1956. Perjanjian London telah dipersetujui dan ditandatangani.

Suruhanjaya Reid yang dipengerusikan oleh Lord William Reid telah ditubuhkan pada Mac 1956. Suruhanjaya Reid merupakan dokumen yang mengandungi peraturan tertinggi dan prinsip utama untuk mentadbir sebuah Negara. Sebanyak 131 memorandum termasuklah daripada raja Melayu, orang perseorangan, dan pertubuhan politik telah diterima. MPP telah meluluskan draf Perlembagaan 1957 dan Perjanjian Merdeka telah ditandatangani pada 15 Ogos 1957 di Kuala Lumpur. Bendera Union Jack telah diturunkan dan peristiwa penuh simbolik ini membawa makna pemerintahan penjajah British telah berakhir. Akhirnya detik kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tiba juga dan disempurnakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tarikh keramat 31 Ogos 1957.

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina sekitar tahun 1893-1897.
Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di depan
Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor. Ia berdiri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sultan Selangor pada masa ia mula dibina.
Sejarah
Bangunan ini direkabentuk oleh
arkitek Inggeris bernama Anthony C. Norman sekitar tahun 1893-1897 untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan penting ketika zaman pemerintahan British. Norman menghabiskan masa di Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.
Perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor
Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini dirasmikan pada tahun 1896 dan siap sepenuhnya untuk digunakan pada tahun 1897.
Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10,200 meter persegi dan setinggi 57 kaki. Di bawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah. Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter.
Bangunan ini turut dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan lebat berlaku di seluruh negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran yang tidak begitu memuaskan di sekitar Kuala Lumpur.
Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit. Di sini tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan
Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.
Ciri
Dengan kubah tembaga dan jam menara setinggi 41 meter, bangunan ini merupakan tanda penting di Kuala Lumpur. Ia menghiasi beberapa acara penting seperti Perarakan Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan ketika menyambut Tahun Baru. Bangunan warisan ini pernah menempatkan Mahkamah Agung (sekarang dinamakan
Mahkamah Persekutuan). Ia juga pernah menempatkan Mahkamah Rayuan sebelum kedua-dua mahkamah ini berpindah ke Istana Keadilan di Putrajaya. Bangunan ini sekarang menempatkan Bahagian Komersil Mahkamah Tinggi Malaya.
Di belakang bangunan ini mengalir pertemuan
Sungai Klang dan Sungai Gombak di mana di tengah-tengahnya adalah Masjid Jamek yang juga menggunakan ciri-ciri arkitektur yang sama oleh arkitek yang sama.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

Resepi

RESEPI APAM PISANG


Bahan-bahannya untuk membuat apam pisang:

7/8 biji pisang emas
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu tea Bikarbonat
2 cawan santan pekat(pati)
secubit garam



cara membuat apam pisang:

Pertamanya hendaklah panaskan kukusan anda sebelum anda menyediakan/mengadun bahan-bahan untuk membuat apam pisang di atas.

Untuk membuat apam pisang hendaklah menggunakan pisang yang betul-betul masak dan sebaik-baiknya pisang emas. Jumlah pengunaan pisang bergantung kepada besarnya pisang. Pisang yang lebih besar seperti pisang embun atau montel boleh di gunakan dengan mengurangkan quantitinya iaitu menggunakan lebih sedikit dalam 3 atau empat biji sahaja. Pisang hendaklah dilenyekkan sehingga sekata. Tiada ketulan pisang. Masukkan gula dan secubit garam dan gaulkan bersama pisang yang telah dilenyekkan tadi.

Tepung gandum, tepung naik sendiri dan bikarbonat hendaklah di ayak dan masukkan ke dalam pisang dan gaulkan hingga sebati bersama dengan santan. Masukkan bahan-bahan yang telah di sediakan tadi di dalam bekas yang bersesuai untuk di kukus selama lebih kurang 1 jam.

Untuk menghasilkan apam pisang yang cantik jangan terlalu kerap menbuka kukusan tersebut. Ia boleh menyebabkan apam pisang tidak naik dengan cantiknya. Hanya selepas 1 jam anda boleh membuku tutup tersebut dan gunakanlah lidi atau bahagian hujung pisau untuk memastikan apam pisang anda betul-betul masak. Masukkan lidi atau pisau tersebut dan cucukkan ke dalam apam pisang tersebut hingga ke bahagian bawahnya. Jika tiada lekatan tepung pada lidi atau pisau tersebut maka ia telah pun masak. Tutup api dan biarkan ia sejuk. Jangan di angkat terlalu cepat dari kukusan tersebut dan jangan terlalu cepat di buka bahagian penutup kukusan(renggankan sedikit sahaja) tersebut. Ia juga boleh menyebabkan apam pisang tidak menjadi. Lebih kurang 1/2 selepas anda menutup api barulah di angkat keluar dan di buka bahagian penutup kukusan tersebut.

fadhilat air zam-zam

"Air Zam Zam itu diminum untuk keperluan apa saja."
Air Zam Zam Penghulu Segala Air

AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit." Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.
Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam. Berdasarkan nas asy-Syafi'eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah. Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah) Adab atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:- Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang lelaki datang menemui Ibnu Abbas. Lalu bertanya Ibnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yangsepatutnya?"Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Ibnu Abbas menjelaskan: "Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda: "Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah). Daripada `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah). Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
FAKTARahsia kelebihan air zamzam
Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
Antara mata air syurga.
Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah
Adab, peraturan minum
ADAB atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:- Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang lelaki datang menemui Ibnu Abbas. Lalu bertanya Ibnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."
Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yangsepatutnya?"Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Ibnu Abbas menjelaskan: "Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda: "Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
Daripada `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah). Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

Cabaran Hari ini

PENGERTIAN TEKNOLOGI: Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
PENGERTIAN KOMUNIKASI: "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain".
PENGERTIAN MAKLUMAT:
PENGERTIAN TMK: ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
PENGERTIAN TMK DLM PDDKN: Information Technology (IT) atau Teknologi Maklumat merupaka n salah satu alat untuk mengurus maklumat seperti merekod, memproses, menyimpan, mencapai dan juga untuk berkomunikasi.


PERANAN 1
mengubah prinsip pendidikan - melalui penggunaan teknologi itu dalam pembelajaran dan pengajaran.- Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P
pelajar dapat berkomunikasi secara elektronik dan mengakses/mencapai maklumat di mana saja.
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT
‘sekolah bestari’- kemudahan infrastruktur yang berkaitan dengan bidang IT turut disediakan dan tenaga guru yang mahir dalam penggunaan alat yang berhubung IT juga disediakan.
Rangkaian Sekolah (School Net)- rangkaian yang mampu mengabungkan pelbagai media pendidikan seperti audio, video, satelit dan Internet dengan menggunakan komputer serta menjadikan bilik darjah atau makmal komputer sebagai pusat pembelajaran pelbagai media yang menarik dan berkesan dalam pembelajaran.
IT dalam institusi pendidikan tinggi - penubuhan kampus siber.
berperanan dalam meningkatkan kualiti dan kecekapan operasi pentadbiran serta membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan lebih pantas dan tepat.


PERANAN 2
membantu pengurusan dalam sistem pendidikan Negara.
dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.
semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality).
menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian.
pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.
· Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
· Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa
· Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.