Tuesday, October 27, 2009

Bila Jumpa DR Nomaliza lagi

Ada pun post ni sebenarnya dr suruh buat last week namun atas sebab-sebab peribadi yang aku terima alasannya sebagai sangatlah logiknya, tidak ragu-ragu aku menangguhhkan kerja ni hingga ke hari ini. Harap Dr yang sangat garang tapi istimewanya garang Dr kecil berbanding sikap sportingnya aku beranikan diri mengeposkannya juga hari ini. Maafkan saya Dr, ye...


Bertemu semula dgn DR Normaliza pada semester 6, menyebabkan kami gundah-gulana. Maklum pengalaman semester 5 menyedarkan kami betapa banyaknya kerja-kerja yang diberi oleh DR demi menambah nilai ilmu IT terutamanya kepada diriku yang amat daif dan naifnya dalam ilmu yang sentiasa berkembang setiap detik berlalu. Usahkan nak menggunakan internet, nak menaip soalan menggunakan komputer pun kadang-kadang aku rela copy n paste dalam kertas A4 kemudian pegi kedai fotostat.

Kalau si Alia ingat soalan-soalan bodoh aku masa di makmal pasti dia pun terpikir macamana le makcik ni boleh masuk makmal komputer kat UPM ni... Anyway Alia sangat profesional seperti ibunya. Terima kasih kepada dua beranak ini yang banyak membuka dunia IT aku yang kosong dan berkarat.

Aku juga sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana ditemukan dengan rakan-rakan kumpulan yang sangat sabar mengajar dan banyak membantu aku terutamanya Huda yang banyak membantu aku dalam membina blog. Agaknya berapa banyak bil telefon yang perlu dijelaskan semasa membina blog, bila sangkut pasti Huda jadi tumpuan aku bertanya, dan di sekolah aku sering minta tolong Engku Hasmah dan Khairul.


Itu belum kira duit kens bsysr kst tokey CC. Nasib ketika di sem 6 aku berjaya memujuk suami masukkan internet dan beli lap top baru untuk keperluan diri ini... Dan kalau aku perlu bayar balik masa yang aku guna untuk diri sendiri kepada suami dan anak-anak, mungkin aku kene berenti sekerat jalan je.....

Aku juga bersyukur dapat satu kumpulan dengan Su yang banyak pengalaman dalam ilmu IT terutama banyak menimba ilmu sebagai guru data. Begitu juga dengan Huda, Azzah dan Salhah. Apa saja tugasan yang diberi oleh DR walaupun rasa macam banyak sangat tapi akhirnya atas kerja berpasukan dapat kita selesaikan dengan segala rintangan. Dari tak pernah ber e-mel, akak akhirnya boleh bertukar-tukar e-mel terutamanya ketika menyudahkan assigmen yang diarah oleh DR.

Menulis cerita hantu, cerita kanak-kanak, mereka pantun 2 kerat dan teka-teki juga merupakan tugasan yang bisa diatur. namun apabila DR mengajar aku berfacebook aku jadi seperti rusa masuk kampung dalam facebook tu. kadang-kadang aku tulis komen untuk rakan-rakan tapi lama sangat aku fikir-fikir, aku tak jadi komen. Aku ni jenis orang yang suka menimbang kata-kata. Aku suka menimbang perasaan orang daripada mengutamakan diri sendiri. Apakah itu kelemahan atau kekuatan diri, aku memang tidak pasti, tapi itulah aku......

Namun kalau DR tak buat demikian mungkin sampai kini aku selesa dengan dengan dunia yang gelap daripada sinar IT. Namun kalau ada sedikit nota atau apa-apa rujukan untuka aku belajat sendiri tentu lebih mudah. Tapi mungkin pula aku tidak mengenal hati budi rakan-rakan sekuliah yang rata-ratanya baik, ramah dan sedia memberi pertolongan di waktu-waktu senang dan susah.

Apa-apa pun yang sudah, sedang dan bakal kita tempuhi, laluilah semuanya dengan penuh sabar dan kutiplah segala pengajaran dan hikmah. Kepada DR dan anak-anak terima kasih banyak-banyak atas segala ilmu yang dicurah. maaf atas segala ketelanjuran laku, kata dan apa-apa sahaja kesalahan yang nyata mahupun yang tersembunyi. Apa-apa pun saya tetap mendoakan agar Allah menyampaikan hajat DR untuk sampai ke Tanah suci semoga mendapat haji yang mabrur. semoga DR sentiasa sihat dan dirahmati Allah selamanya. Amin....