Tuesday, June 9, 2009

bertatih-tatih membina kalendar

belajar buat kalendar

IDOLA UNTUK SEMUA WANITA ISLAM

Dalam kegelapan dialam jahiliah
Wanita-wanita hilang malunya
kehormatan dan harga diri mereka
Ibarat pasir di jalanan

Siti Khodijah wanita mulia
Memingiti menjaga dirinya
Dia wanita hartawan dermawan
Wanita bangsawan cinta kemuliaan

Rasul dipilih menjadi teman hidupnya
Kerana terpaut pada budi dan akhlak
walaupun ramai yang datang meminang
Dari berbilang para hartawan

Dihambakan dirinya untuk suaminya
Diabdikan jiwanya untuk Ilahi
Tika uzlah rasul ke Gua Hira'
setiap hari dia ke sana

Diri rela dikorbankan demi Islam
Biar derita diharungi jua
Kerna yakin syurgakan jadi pengganti
Dialah ibu mithali sejati

Anak-anak dididiknya dengan akhlak
Jadilah mereka wanita contoh ummah
Perginya dirasai seisi dunia
hingga kini penggantinya tiada