Tuesday, June 9, 2009

IDOLA UNTUK SEMUA WANITA ISLAM

Dalam kegelapan dialam jahiliah
Wanita-wanita hilang malunya
kehormatan dan harga diri mereka
Ibarat pasir di jalanan

Siti Khodijah wanita mulia
Memingiti menjaga dirinya
Dia wanita hartawan dermawan
Wanita bangsawan cinta kemuliaan

Rasul dipilih menjadi teman hidupnya
Kerana terpaut pada budi dan akhlak
walaupun ramai yang datang meminang
Dari berbilang para hartawan

Dihambakan dirinya untuk suaminya
Diabdikan jiwanya untuk Ilahi
Tika uzlah rasul ke Gua Hira'
setiap hari dia ke sana

Diri rela dikorbankan demi Islam
Biar derita diharungi jua
Kerna yakin syurgakan jadi pengganti
Dialah ibu mithali sejati

Anak-anak dididiknya dengan akhlak
Jadilah mereka wanita contoh ummah
Perginya dirasai seisi dunia
hingga kini penggantinya tiada

2 comments:

  1. Saya cukup kagum dengan k nur, walau sesibuk manapun k nur tetap sempat buat entry ni sebab nak refresh balik cara nak buat postkan...harap-harap kita semua akan beroleh kejayaan didunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. T/k cos sudi bertandang ke laman akak. Sbenarnya selain nak refresh ilmu yang Uda ajar kat akak, akak juga nak charge iman akak yang dah senja ni. Kengkadang ksibukan melekakan akak. Bila mengigati lirik nasyid ini menyedarkan betapa kerdilnya akak berbanding srikandi Islam nan sorang ni...Seorang haetawan yang hidup sderhana disisi suami, mngorbankan sluruh kekayaan membeli cinta yang hakiki....

    ReplyDelete