Monday, August 31, 2009

Adakah Kita Muslim Yang Merdeka???

Muslim yang merdeka mesti membebaskan diri daripada dibelenggu oleh


1. Nafsu yang tidak terdidik.

Nafsu penting kepada manusia . Ini membezakan antara malaikat dengan manusia.

Namun melayan nafsu adalah ibarat melayan anak-anak. Jika salah didik atau kalau

diturutkan akan merosakkan iman sesaorang itu.


2. Dunia dan seluruh isinya


3. Syaitan


Thursday, August 27, 2009


Ramadhan-Ramadhan yang lalu Masjid Jame' Serdang , mengadakan solat terawikh dengan 20 rakaat siap khatam Quran. Solat tersebut diimamkan oleh pemuda-pemuda daripada pondok-pondak tahfiz dari Selatan Thai. Setiap kali bersolat, hati-hati serta halwa telinga para jemaah didendangkan dengan bacaan syahdu ayat-ayat suci Al-Quran-nur-karim sehingga kadang kala mengundang air mata. Cara ini menggantikan solat 20 rakaat yang dilakukan terburu-buru sebelum ini.

Tahun ini beralih rasa. Solat 8 rakaat beserta tazkirah setiaap rakaat ke-4. Satu surah akan dihabiskan untuk solat terawikh hari itu. Alangkah baiknya program seperti ini. Ini memandangkan bacaan ayat-ayat yang panjang mungkin dapat menyetuh hati dan telinga jemaah namun dengan sedikit kupasan satu dua ayat tersebut jemaah yang kebanyakkannya kurang faham atau tidak mahir bahasa arab dapat menghayati dan memanfaat ayat tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Waktu berakhir solat ini macam solat 20 rakaat juga iaitu kira-kira 10.30 malam.

Bagaimana pun ketika solat witir didirikan, sebahagian jamaah meninggalkan masjid. Barangkali mereka melanjutkan lagi solat hingga 20 rakaat. Ketika solat 20 rakaat dijalankan di masjid dulu pun tak kurang jamaah yang meninggalkan masjid ketika masuk rakaat ke-9. Masing-masing mempunyai citarasa mengabdikan diri ke jalan Allah. Maha Besar Allah yang sangat maklum tentang erangai makhluk ciptaannya.

Malam kedua tarawikh ada komen nakal daripada penceramah jemputan, Ustaz Fauzie Al-kuliah panggilan manja jamaah wanita. Jamaah Serdang mengadaptasi solat tarawikh zaman Nabi Muhamad iaitu 8 rakaat dengan surah yang panjang-panjang dan zaman Saidina Umar yang mengadakan solat 20 rakaat dengan surah yang pendek. Jamaah Serdang dengan pilihan bijak ambil rakaat dan surah pendek-pendek.

Beliau turut memperturunkan cara menjaga kesihatan mengikut Quran dan sunnah rasul:

1. Air zam-zam
2. Al-Quran...adantara yang paling mudah iaitu Al-Fatihah
3. Haabatus Sawda'
4. Buah kurma
5. Madu
6. Buah Zaitun
7. Buah Tin
8. Susu
9. Anggur terutamanya kismis

Wednesday, August 26, 2009

sedetik sebelum kemalangan.







Ibu mertuaku serta 3 orang anak lelakinya bersama Mamat dan Jeena singgah membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Bapa mertuaku mungkin yang bertshirt biru terlindung di belakang Andak. Yang ambik gambarni tentunya suami aku. Beberapa minit selepas bertolak daripada persinggahan terakhir inilah avanza yang dipandu suamiku hilang kawalan akibat tayar tiba-tiba kempes. Harap-harap bukanlah perbuatan sabotaj maklum menurut suamiku tak beberapa minit selepas itu kereta penunda itupun muncullah dan menggesa suamiku bersetuju untuk melepaskan avanza itu ke bengkel yang tertentu. Namun suamiku bertegas untuk ke Bengkel Toyota yang terdekat.

Semoga bapa mertuaku cepat sembuh seperti sediakala. Namun beliau kini sudah mula berjamaah di surau berdekatan. Tarawikh pun digagahinya juga. Alhamdulillah

Namun aku bersyukur kerana anak-anakku selamat. Suamiku juga walau pun aku yakin beliau mengalami trauma. Begitu juga mak, Andak dan Alang. Uda aku tak jumpa sebab masa aku balik kg. tempuh hari dia dah balik ke Taiping. Apa yang aku tau luka di tangannya masih perlu dicuci di klinik setiap hari. Namun aku yakin bekas askar yang pernah berkhidmat di Bosnia ini mampu bertahan dengan ujian ini. Begitu juga dengan Apak. Cuma aku sedih melihat lelaki yang memanjat usia emas ini dan berhati emas ini dilanda keceraan di tangan dan berbekas di hati.





Tuesday, August 25, 2009

Ketentuan Allah keredhaanku


Semalam aku dapat msg dari adikku . Dia tanya balik atau tidak 'more' kali ini. Tahun ini dah 14 tahun ayahanda disemadikan dan semenjak itu kami adik-beradik tak pernah lupa memanjangkan amalan 'More' (Majlis menjamu kariah berbuka) di masjid yang sama dilakukan oleh arwah. Untuk menutup kesedihan di hati aku balas dengan pantun 2 kerat ala-ala lucu...anak buaye si anak keli, Usahkan more rayapun tak tentu lagi....


Seminggu sebelum tu abang aku dah masgkan jemputan more tersebut tapi aku biarkan tanpa balasan. Aku sebetulnya malas nak memikirkan benda-benda yang mengharukan perasaan ini. Bukan aku tak teringin nak beramadhan bersama keluarga, lebih-lebih lagi mengenangkan ibu bapa mertua aku masih ada lagi. Namun akibat kemalangan yang menimpa suami, dua anakku dan ibu bapa mertuaku serta tiga adik iparku ketika mereka pulang daripada kenduri kahwin anak buah ibu mertuaku di Cameron Higlands. Aku sangat-sangat bersyukur suami, anak-anakku Mamat & Jeena, mertua dan ipar duaiku selamat walaupun bapa mertuaku mengalami kecederaan di tangan kirinya dan terpaksa menjalani pembedahan.


Peristiwa ini berlaku dua minggu sebelum cuti sekolah. Inilah yang aku selalu menungkan apabili mengenangkan Avanza baru yang aku beli 3 tahun dulu dengan bayaran tunai terdampar di bengkel. Bukan senang aku mendapatkan wang sebanyak itu kerana aku bukannya orang kaya. Konon-konon ingin mengelakkan daripada terlibat dengan riba. (aku ada kisah yang aku rasa petunjuk Allah tentang hal riba semasa aku mengerjakan haji lama dulu...) Namun apabila wakil insurans beritahu avanzaku itu mungkin mengambil masa hingga 5-6 bulan untuk pulih memilukan hatiku. Apalagi mengenangkan anak-anakku yang berenam itu tidak dapat beraya dengan atuk dan opahnya...


Bagaimana pun aku harus mencari kekuatan untuk menghadapi dugaan Allah. Satu hari ketika berbual-bual dengan sorang kakak dia mengulas apa yang nabi Allah Yusuf doakan ketika baginda di masukkan ke dalam penjara disebabkan kesalahan yang tidak dilakukannya. Antaranya berbunyi "...Ya Allah Ya tuhanku...sekiranya tempat ini lebih baik bagiku.... aku redho..." Dan aku juga harus mencontohinya. Sekiranya hal ini lebih baik untuk aku, aku redho..
Tabahkan hatiku dan tetapkan imanku......




Monday, August 17, 2009

bicara

andai aku bisa berbicara
dengan nada sekata
dengan bahasa biasa
inginku nyatakan satu kejujuran
tanpa berbaur kepedihan rasa

ingin ku campakkan rasa kemanusiaan
yang menyelubungi kepura-puraan itu
inginku buang timbunan keinsafan
yang palsu semata-mata
agar nadaku hambar

Namun aku gagal
kerana bicaraku bisu
suaraku kelu


Friday, August 14, 2009

cerita hantu??!!!!!!!

Percaya hantu? Susah untukku jawab sebab aku tak suka memikirkannya. Sebabnya aku tak suka percaya benda-benda yang aku tak nampak dan aku tak nak takut pada benda-benda yang sebegitu. Aku nak diri ini takut kepada Allah sahaja semata-mata.... kalau boleh. Itu sebab aku tak pernah memikirkan hal hantu. Untuk memenuhi kehendak kerja kursus Dr Normaliza aku korek juga cerita-cerita yang ada kaitan dengan episod seram dalam dairi lama aku ketika bersekolah dulu. Ketika itu usia aku sekitar 14 tahun, Wuyoo....comelnya aku ketika itu. Kira-kira 32 tahun yang silam. Mak datuk... dah tuanya aku ni......

Krrrreeekk..!!!! (Bunyi pintu berkarat memori aku dibukakan. Kalau berani silalah masuk..)Malam itu hujan turun dengan lebat sekali. Penghuni Bilik 8 kebanyakannya sedang nyenyak dibuai mimpi. Mana taknya kedinginan bumi disiram hujan pada malam Jumaat menggigit ketulang hitam penghuni bilik seramai 16 orang gadis belasan tahun yang biasanya berkongsi 2 buah kipas syiling untuk menyejukkan diri. Aku baru nak meletakkan tubuh ke tilam peraduanku di tingkat atas kati dua tingkat, tiba-tiba mata Syimah membulat memandang aku dan Mimi bersilih ganti. Sebenarnya aku memang telah mendengar bunyi itu tapi aku buat-buat pekakje. " Ada orang!!!" Mimi dan Syimah pucat mendapatkan aku. "Kau dengar tak??" Di luar terdengar bunyi derap kaki orang berkawat..."DRAP ...DRAP ...DRAP..." "Jangan-jangan pak cik jaga meronda tak" Aku meningkah. "Tak.. dengar betul-betul. Bunyi kasutnya macam bunyi kasut askar. Jalannya sekata bunyi askar berkawat. Biar aku intip dari celah lubang angin tu. Aku yang berada di katil tingkat atas buat-buat berani menjengah. Memang tak boleh nak nampak apa-apa pun.

Bunyi askar berkawat itu semkin meremangkan bulu tengkuk kami yang mendengarnya. Syimah yang terlalu takut mula nak terkencing apalagi kesejukan hujan dengan bunyi air longkang yang mengalir seakan-akan memenuhkan lagi pundi-pundi kencingnya. Disebabkan suasana' darurat' dia dengan kreativiti tersendiri membina tandas kilat. Nak tergelak bila terkenangkannya tapi masa tu tak ada siapa pun berani ketawa.

Apabila dah ramai yang jaga timbul rasa berani. Lebih-lebih lagi makin ramai yang nak terkencing tapi tak sanggup nak melaksanakan hajat di tandas kilat macam yang dilakukan oleh Syimah. Moto kami ketika itu..... Kita ramai.... Semua orang mesti bersedia dengan apa sahaja senjata. Ada yang bawa penyapu, payung, botol kicap dan apa-apa yang tercapai tangan. Sambil membaca ayat-ayat yang terlintas, kami membuka pintu bilik. Kedua-duanya sekali, agar kalau diserang dari satu pintu kami boleh lari menggunakan pintu yang satu lagi. Ya Allah....... Allah hu Akbar..... Apa benda tu.......Apa? Tekalah apa bendanya....Alah hai tekalah apa benda yang berkawat kat bilik 8 tadi tu? Bukannya tawaf... kalau tawaf tujuh kali je. Ini bukan tujuh kali. Berpuluh-puluh kali. Bukannya kena bayar pun. Percuma! Percuma!! Teka cepat, teka. Tak dapat hadiah pun tak pe. Tak ada siapa yang nak marah pun.... Jeng...jeng...jeng......!!!!!Kalau kawan-kawan tak nak teka pun takpe. Biarle aku ceritakan.

Sebaik sahaja pintu terbuka kami mencari arah bunyi kawat itu datang. Alangkah.... Apa yang kami nampak sekaki payung terlungkup di cucuran atap. Apabila hujan turun airnya berderap di atas payung dan membentuk bunyi sekata seperti orang sedang berkawat. Tau-taulah bila dah takut..... teringatlah sekolah tu pernah jadi tempat askar Jepun memancung musuh lah.... hantu itulah.... hantu ini lah....Itu sebab aku tak suka cerita hantu....
Ok Dr. Kira ini cerita hantu ek... Sebabnya inilah cerita hantu yang saya pernah alami. Dan kepada kawan-kawan yang kumpunan nak dengar cerita hantu tu minta maaf banyak-banyak yek. Tapi rasanya cerita hantu Dr Radsyid yang kaw-kawtu pasti masih melekat diingatan kalian kan.
Kalau Gee ada membaca blog akak ni mesti Gee teringat Hantu cantik yang tiba-tiba hilang malam selepah kuliah Dr. Adi Yasran tukan? Tapi itu pun akak tak nampak yang nampaknya gee je kan? Lepas tu di tempat yang sama Gee terlihat akak walhal akak tak datang ke situ malam tu kan. Sebenarnya hantu ni memang hantu dan sangat-sangat berhantu kalau dilayan. Ok lah anak akak dah nangis. Demamnya tak kebah-kebah. Nak bagi dia ubat jap. Wassalam