Wednesday, August 26, 2009

sedetik sebelum kemalangan.







Ibu mertuaku serta 3 orang anak lelakinya bersama Mamat dan Jeena singgah membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Bapa mertuaku mungkin yang bertshirt biru terlindung di belakang Andak. Yang ambik gambarni tentunya suami aku. Beberapa minit selepas bertolak daripada persinggahan terakhir inilah avanza yang dipandu suamiku hilang kawalan akibat tayar tiba-tiba kempes. Harap-harap bukanlah perbuatan sabotaj maklum menurut suamiku tak beberapa minit selepas itu kereta penunda itupun muncullah dan menggesa suamiku bersetuju untuk melepaskan avanza itu ke bengkel yang tertentu. Namun suamiku bertegas untuk ke Bengkel Toyota yang terdekat.

Semoga bapa mertuaku cepat sembuh seperti sediakala. Namun beliau kini sudah mula berjamaah di surau berdekatan. Tarawikh pun digagahinya juga. Alhamdulillah

Namun aku bersyukur kerana anak-anakku selamat. Suamiku juga walau pun aku yakin beliau mengalami trauma. Begitu juga mak, Andak dan Alang. Uda aku tak jumpa sebab masa aku balik kg. tempuh hari dia dah balik ke Taiping. Apa yang aku tau luka di tangannya masih perlu dicuci di klinik setiap hari. Namun aku yakin bekas askar yang pernah berkhidmat di Bosnia ini mampu bertahan dengan ujian ini. Begitu juga dengan Apak. Cuma aku sedih melihat lelaki yang memanjat usia emas ini dan berhati emas ini dilanda keceraan di tangan dan berbekas di hati.





4 comments:

  1. Kak nur...sedihkan bila orang yang kita sayangi ditimpa masalah dan kesusahan... Namun kita hanya mampu berdoa agar penderitaan ini akan segera berakhir...

    Namun sebagai seorang manusia tentu akan timbul syak wasangka...Kes yang sama pernah terjadi kepada saya. Masa tu ( malam )saya dan ahli keluarga pergi menziarahi adik ipar yang sakit di HKL. Tempat parking tak ada jadi van saya parking jauh sedikit dr tmpat biasa dan di dalam gelap.

    Selesai menziarahi dan hendak pulang, van saya tak boleh start. Secepat kilat pula ada mekanik datang sedangkan suami belum buat sebarang panggilan telefon lagi...Suami tanya macam mana dia boleh ada kat sini, dia cakap ada orang bagi tahu kat sini ada kereta rosak. Mekanik tu beriya-iya nak baiki tapi suami saya berkeras tidak mahu sebab mekanik tu bukan wakil dr AAMpun...

    Van telah dihantar ke bengkel kawan suami (wakil AAM)...dan dikenakan bayaran RM 20 sahaja dan katanya alat untuk menghidupkan enjin itu telah dicabut. Kalau mekanik tu baiki tak tahulah berapa?

    Bukan nak menuduh tapi syak wasangka tu tetap bersarang di dalam hati....

    ReplyDelete
  2. kak nur...takziah...
    mungkin ada hikmah tersembunyi....
    Saya ni bab kemalangan fobia sikit sebab dulu masa darjah 3 saya ngan saudara ( dia darjah 1 ) lintas jalan. Masa lintas tu sedara saya ni tercicir selipar kat tengah jalan dan dia patah balik amik selipar tu ( sebenarnya kami dah lepas dah lintas ). Masa tu kete datang laju dan langgar dia sampai melambung tinggi dan jatuh atas jalan....saya masa tu hanya mampu menjerit di tepi jalan sambil menangis....sedara saya meninggal kat situ... masa tu saya dipersalahkan dan saya bersalah sangat sb tak jaga sedara saya betul2....

    ReplyDelete
  3. Tima kasih atas komen dan semangat yang adik-adik akak beri. Untuk Uda akak memang kuat rasa syak tapi dalam hal-hal macam ni bila kita balik kepada kekuasaan Allah sebenarnya secara halus memang datang dariNya yang maha kuasa. Orang baik mahu pun jahat Allah yang cipta kan.
    Buat yaya akak tau anda seorang insan yang tabah dulu kini dan insyaallah selamanya. Usia sekecil itu menanggung peristiwa hebat dan dipertanggungjawabkan pula atas kehendak Ilahi. Namun sebagai guru BM tentu pengajaran PKJR anda lebih berkesan dan pasti terkesan di hati murid-murid.

    ReplyDelete
  4. Bersyukurlah, tiada sebarang kematian atas kemalangan ini. Selepas saya baca blog akak, baru saya teringat' lambat biar lambat, asalnya selamat'.Harap boleh berkongsi bersama.

    ReplyDelete