Tuesday, August 25, 2009

Ketentuan Allah keredhaanku


Semalam aku dapat msg dari adikku . Dia tanya balik atau tidak 'more' kali ini. Tahun ini dah 14 tahun ayahanda disemadikan dan semenjak itu kami adik-beradik tak pernah lupa memanjangkan amalan 'More' (Majlis menjamu kariah berbuka) di masjid yang sama dilakukan oleh arwah. Untuk menutup kesedihan di hati aku balas dengan pantun 2 kerat ala-ala lucu...anak buaye si anak keli, Usahkan more rayapun tak tentu lagi....


Seminggu sebelum tu abang aku dah masgkan jemputan more tersebut tapi aku biarkan tanpa balasan. Aku sebetulnya malas nak memikirkan benda-benda yang mengharukan perasaan ini. Bukan aku tak teringin nak beramadhan bersama keluarga, lebih-lebih lagi mengenangkan ibu bapa mertua aku masih ada lagi. Namun akibat kemalangan yang menimpa suami, dua anakku dan ibu bapa mertuaku serta tiga adik iparku ketika mereka pulang daripada kenduri kahwin anak buah ibu mertuaku di Cameron Higlands. Aku sangat-sangat bersyukur suami, anak-anakku Mamat & Jeena, mertua dan ipar duaiku selamat walaupun bapa mertuaku mengalami kecederaan di tangan kirinya dan terpaksa menjalani pembedahan.


Peristiwa ini berlaku dua minggu sebelum cuti sekolah. Inilah yang aku selalu menungkan apabili mengenangkan Avanza baru yang aku beli 3 tahun dulu dengan bayaran tunai terdampar di bengkel. Bukan senang aku mendapatkan wang sebanyak itu kerana aku bukannya orang kaya. Konon-konon ingin mengelakkan daripada terlibat dengan riba. (aku ada kisah yang aku rasa petunjuk Allah tentang hal riba semasa aku mengerjakan haji lama dulu...) Namun apabila wakil insurans beritahu avanzaku itu mungkin mengambil masa hingga 5-6 bulan untuk pulih memilukan hatiku. Apalagi mengenangkan anak-anakku yang berenam itu tidak dapat beraya dengan atuk dan opahnya...


Bagaimana pun aku harus mencari kekuatan untuk menghadapi dugaan Allah. Satu hari ketika berbual-bual dengan sorang kakak dia mengulas apa yang nabi Allah Yusuf doakan ketika baginda di masukkan ke dalam penjara disebabkan kesalahan yang tidak dilakukannya. Antaranya berbunyi "...Ya Allah Ya tuhanku...sekiranya tempat ini lebih baik bagiku.... aku redho..." Dan aku juga harus mencontohinya. Sekiranya hal ini lebih baik untuk aku, aku redho..
Tabahkan hatiku dan tetapkan imanku......




3 comments:

  1. Tiada kata atau ucapan yang ingin disampaikan cuma..."Kak Nur...sabar ye...".

    ReplyDelete
  2. Tabah kan hati dan reda dengan ketentuan....
    saya rasa hati dan jiwa kak nur sama dengan mak saya...sb tu bila tgk kak nur saya terbayang mak saya yang ada iras2 kak nur

    ReplyDelete
  3. Malang tidak berbau, tapi bersyukur betul kemalangan itu hanya menyebabkan kecederaan ringan (kecederaan bapa mertua kak nur itu boleh dikira cedera ringan?).

    Kak nur, bersabar dan tabahkan hati ye.

    ReplyDelete