Friday, November 29, 2013

rungutan demi rungutan

dah 2 mgg cuti sekolah tapi aku masih terus buat keje sekolah tak sudah2. bermula seminggu penuh cuti mgg prtama kena hadir sekolah sampaile la ni... kenapa keroje nih tak leh nak siap2? Tapi aku kene bersyukur.... Ya Allah ya tuhanku... Aku bersyukur kerana aku masih boleh wat kerja... aku bersyukur aku ada kerja... bantulah aku menyelesaikan tanggungjawab yang terpikul di bahuku ini....

Friday, June 8, 2012

... .... ..... Jumaat minggu lalu dengan penuh kontrovesi aku dan suami serta 5 anak balik bota. Fahmi ikut serta. Perjalanan dari serdang ke ceras 1j1m 45 minit...Jem giler 11.45 dari cheras sampai ke Bota hampir jam 4 pg.Jem ... singgah di rnr tapah tuk solat... rehat dan alas perut. Sesampai di kampung aku lihat apak lain sekali. Tiada sapaan yang keluar dari mulutnya .... matanya juga tidak memandang.... Berlainan sekali apak.... Sebelum aku melelapkan mata menunggu mentari subuh itu mak berbisik "Wan nyah kamu dah tiada...., Jangan bising2.... apak kamu tak tau..." Selesai solat subuh itu aku bisikkan cerita wan nyah pada abang. Aku minta dia carikan cerita wannyah dari orang-orang di luar sana agar apak tak dengar berita sedih itu.... Jam 10.00 pagi aku dan abang ke rumah abang mat n kak no bagi ziarah wan nyah kali terakhir. Sesungguhnya hatiku amat terharu atas nasib wan nyah.... Nasib seorang ibu beranak 10. Memang itu yang kita sering dengar seorang ibu boleh menjaga 10 org anak tapi 10 org anak ..... Aku berdoa kehadrat allah agar ...... Dan hari itu aku menghantar wan nyah ke tanah perkuburan demi mengiringi perjalanan terakhir seorang ibu.... bersama-sama iringan doa semoga allah mencucuri rahmat keatas beliau...

Friday, May 27, 2011

kau pergi jua

Teringat lagu sudirman...

Hari ini ku terima berita..
tidakku duga tak sanggup aku percaya..
sungguh terharu di hati ini...
kini...kau tlah pergi itu aku dapat

Hari msg drpd Tun..
Azureen anak kak dah dah meninggal..
Innalillah.....
6 tahun lalu aku melatih azureen untuk pertandingan bercerita peringkat zon dan mendapat tempat ke 2. Begitu juga kesyahduan suaranya yg gemersik mengalunkan nasyid.
Al Fatihah buat anak gadis kak dah.
Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.
Satu yang aku kesalkan...
selepas meninggalkan kak dah dan sks bota...
aku laangsung tak bertanya khabar....
Namun jauh di sudut hati aku amat dekat dengan kak dah sekeluarga.
Sering berdoa untuk Azureen juga.
Namun aku yakin Allah lebih kasihkannya.

patutla...

Patutlah aku asyik teringatkan apak...
rupa2nya beliau sakit...memang agak tenat juga.
Dari hari minggu aku dah bising suruh abang call kg.
Hanya malam rabu lalu baru dia call tapi peliknya andakje yang jawab telifon.
Rupa2nya malam tu dah tiga malam apak terlantar di hospital cangkat melintang.
Mak terpaksa temankan apak yang memang tak mahu berjauhan dengan isteri tercinta.
Balik dari sekolah aku call baru mak cakap apak baru balik dari sepital.
Tak nak susahkan anak2 yang jauh merantau lantas hal tu tak disebarkan...
Namun malam tu dua kali tel berdering ...
Ceritanya apak sakit kuat.
Abang nak tunggu lepas sekolah.
Aku memang teragak bila ingatkan muka gb kalo nak minta cuti...
namun... apak sakit kuat...aku mesti balik....
Jam 12.00 malam senin aku tekadkan hati....
Esok hari guru...pasti kawan2 sepersembahan mengutuk aku sebab tak datang...
namun itu soal kecil...
Yang penting saat apak sakit anak2 serta cucu2nya perlu ada di sampingnya.
lagi pun hari guru diaorang tak perlu relief aku..
anak2 aku mamat yg. pendidikan khas serta adiknya jeena turut mempertikaikan tindakan aku nak balik kg...
Lepas bagi hadiah hari guru la baru balik, mak... ketika aku kejutkan mereka untuk masuk ke kereta.
di r n r baru msg gb
Dan kul 4.00 pg baru smpai rumah...
Memang aku kesian tengok apak... lebih2 lagi mak yang sentiasa terpaksa melayan kerenah apak yang sakit....

Saturday, May 14, 2011

gurindam jiwa

gurindam jiwa

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak Cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut tersimpul mati

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di hujung laman
Hendak mati di ujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik kehulu
Belikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Layang-layang permainan budak
Batang selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talaknya tidak
Seribu tahun kembali jua

Friday, December 3, 2010

Salam pertemuan untuk kesekian kalinya...
Lamanya aku tak bertandang ke blogku yang ku pelajari daripada Dr Nomaliza. Namun bilaku buka laman rakan-rakan seperjuangan di UPM kebanyakannya sudah tidak aktif lagi bersama berlalunya semester akhir....
Mungkin masing-masing sudah membawa haluan sendiri...

namun aku ingin meneruskan blogku ini sebagai buah tangan yang boleh ku ulang tandang bagi mengimbau kenangan dan mencurah cerita serta bagi melepas rasa yang tidak mampu kukongsi dengan rakan-taulan yang sangat dekat dan melekat di hati namun beribu batu adanya....