Thursday, August 27, 2009


Ramadhan-Ramadhan yang lalu Masjid Jame' Serdang , mengadakan solat terawikh dengan 20 rakaat siap khatam Quran. Solat tersebut diimamkan oleh pemuda-pemuda daripada pondok-pondak tahfiz dari Selatan Thai. Setiap kali bersolat, hati-hati serta halwa telinga para jemaah didendangkan dengan bacaan syahdu ayat-ayat suci Al-Quran-nur-karim sehingga kadang kala mengundang air mata. Cara ini menggantikan solat 20 rakaat yang dilakukan terburu-buru sebelum ini.

Tahun ini beralih rasa. Solat 8 rakaat beserta tazkirah setiaap rakaat ke-4. Satu surah akan dihabiskan untuk solat terawikh hari itu. Alangkah baiknya program seperti ini. Ini memandangkan bacaan ayat-ayat yang panjang mungkin dapat menyetuh hati dan telinga jemaah namun dengan sedikit kupasan satu dua ayat tersebut jemaah yang kebanyakkannya kurang faham atau tidak mahir bahasa arab dapat menghayati dan memanfaat ayat tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Waktu berakhir solat ini macam solat 20 rakaat juga iaitu kira-kira 10.30 malam.

Bagaimana pun ketika solat witir didirikan, sebahagian jamaah meninggalkan masjid. Barangkali mereka melanjutkan lagi solat hingga 20 rakaat. Ketika solat 20 rakaat dijalankan di masjid dulu pun tak kurang jamaah yang meninggalkan masjid ketika masuk rakaat ke-9. Masing-masing mempunyai citarasa mengabdikan diri ke jalan Allah. Maha Besar Allah yang sangat maklum tentang erangai makhluk ciptaannya.

Malam kedua tarawikh ada komen nakal daripada penceramah jemputan, Ustaz Fauzie Al-kuliah panggilan manja jamaah wanita. Jamaah Serdang mengadaptasi solat tarawikh zaman Nabi Muhamad iaitu 8 rakaat dengan surah yang panjang-panjang dan zaman Saidina Umar yang mengadakan solat 20 rakaat dengan surah yang pendek. Jamaah Serdang dengan pilihan bijak ambil rakaat dan surah pendek-pendek.

Beliau turut memperturunkan cara menjaga kesihatan mengikut Quran dan sunnah rasul:

1. Air zam-zam
2. Al-Quran...adantara yang paling mudah iaitu Al-Fatihah
3. Haabatus Sawda'
4. Buah kurma
5. Madu
6. Buah Zaitun
7. Buah Tin
8. Susu
9. Anggur terutamanya kismis

2 comments:

  1. Sunnah adalah hadith. Manakala hadith adalah merujuk kepada semua perkataan, perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad. (Dunia di hujung jari. Jadi Ooi pun cari makna sunnah..)

    Maksudnya, cara-cara yang tersenarai itu ada benarnya. Nampaknya, kalian semua berbuka puasa dengan menjamah buah kurma itu ada kebaikannya. Sihat.
    Betul kata mereka. Islam memang bersifat universal.

    P/S: Ada gunanya belajar Hubungan Etnik dan Tamadun Islam...Hahaha

    ReplyDelete
  2. Akak kagum ngan Oii. Rajin n gigih belajar, mencari maklumat dan mengaplikasikan apa yang dipelajari. Itu sbb Oii selalu cemerlang.

    ReplyDelete