Friday, August 14, 2009

cerita hantu??!!!!!!!

Percaya hantu? Susah untukku jawab sebab aku tak suka memikirkannya. Sebabnya aku tak suka percaya benda-benda yang aku tak nampak dan aku tak nak takut pada benda-benda yang sebegitu. Aku nak diri ini takut kepada Allah sahaja semata-mata.... kalau boleh. Itu sebab aku tak pernah memikirkan hal hantu. Untuk memenuhi kehendak kerja kursus Dr Normaliza aku korek juga cerita-cerita yang ada kaitan dengan episod seram dalam dairi lama aku ketika bersekolah dulu. Ketika itu usia aku sekitar 14 tahun, Wuyoo....comelnya aku ketika itu. Kira-kira 32 tahun yang silam. Mak datuk... dah tuanya aku ni......

Krrrreeekk..!!!! (Bunyi pintu berkarat memori aku dibukakan. Kalau berani silalah masuk..)Malam itu hujan turun dengan lebat sekali. Penghuni Bilik 8 kebanyakannya sedang nyenyak dibuai mimpi. Mana taknya kedinginan bumi disiram hujan pada malam Jumaat menggigit ketulang hitam penghuni bilik seramai 16 orang gadis belasan tahun yang biasanya berkongsi 2 buah kipas syiling untuk menyejukkan diri. Aku baru nak meletakkan tubuh ke tilam peraduanku di tingkat atas kati dua tingkat, tiba-tiba mata Syimah membulat memandang aku dan Mimi bersilih ganti. Sebenarnya aku memang telah mendengar bunyi itu tapi aku buat-buat pekakje. " Ada orang!!!" Mimi dan Syimah pucat mendapatkan aku. "Kau dengar tak??" Di luar terdengar bunyi derap kaki orang berkawat..."DRAP ...DRAP ...DRAP..." "Jangan-jangan pak cik jaga meronda tak" Aku meningkah. "Tak.. dengar betul-betul. Bunyi kasutnya macam bunyi kasut askar. Jalannya sekata bunyi askar berkawat. Biar aku intip dari celah lubang angin tu. Aku yang berada di katil tingkat atas buat-buat berani menjengah. Memang tak boleh nak nampak apa-apa pun.

Bunyi askar berkawat itu semkin meremangkan bulu tengkuk kami yang mendengarnya. Syimah yang terlalu takut mula nak terkencing apalagi kesejukan hujan dengan bunyi air longkang yang mengalir seakan-akan memenuhkan lagi pundi-pundi kencingnya. Disebabkan suasana' darurat' dia dengan kreativiti tersendiri membina tandas kilat. Nak tergelak bila terkenangkannya tapi masa tu tak ada siapa pun berani ketawa.

Apabila dah ramai yang jaga timbul rasa berani. Lebih-lebih lagi makin ramai yang nak terkencing tapi tak sanggup nak melaksanakan hajat di tandas kilat macam yang dilakukan oleh Syimah. Moto kami ketika itu..... Kita ramai.... Semua orang mesti bersedia dengan apa sahaja senjata. Ada yang bawa penyapu, payung, botol kicap dan apa-apa yang tercapai tangan. Sambil membaca ayat-ayat yang terlintas, kami membuka pintu bilik. Kedua-duanya sekali, agar kalau diserang dari satu pintu kami boleh lari menggunakan pintu yang satu lagi. Ya Allah....... Allah hu Akbar..... Apa benda tu.......Apa? Tekalah apa bendanya....Alah hai tekalah apa benda yang berkawat kat bilik 8 tadi tu? Bukannya tawaf... kalau tawaf tujuh kali je. Ini bukan tujuh kali. Berpuluh-puluh kali. Bukannya kena bayar pun. Percuma! Percuma!! Teka cepat, teka. Tak dapat hadiah pun tak pe. Tak ada siapa yang nak marah pun.... Jeng...jeng...jeng......!!!!!Kalau kawan-kawan tak nak teka pun takpe. Biarle aku ceritakan.

Sebaik sahaja pintu terbuka kami mencari arah bunyi kawat itu datang. Alangkah.... Apa yang kami nampak sekaki payung terlungkup di cucuran atap. Apabila hujan turun airnya berderap di atas payung dan membentuk bunyi sekata seperti orang sedang berkawat. Tau-taulah bila dah takut..... teringatlah sekolah tu pernah jadi tempat askar Jepun memancung musuh lah.... hantu itulah.... hantu ini lah....Itu sebab aku tak suka cerita hantu....
Ok Dr. Kira ini cerita hantu ek... Sebabnya inilah cerita hantu yang saya pernah alami. Dan kepada kawan-kawan yang kumpunan nak dengar cerita hantu tu minta maaf banyak-banyak yek. Tapi rasanya cerita hantu Dr Radsyid yang kaw-kawtu pasti masih melekat diingatan kalian kan.
Kalau Gee ada membaca blog akak ni mesti Gee teringat Hantu cantik yang tiba-tiba hilang malam selepah kuliah Dr. Adi Yasran tukan? Tapi itu pun akak tak nampak yang nampaknya gee je kan? Lepas tu di tempat yang sama Gee terlihat akak walhal akak tak datang ke situ malam tu kan. Sebenarnya hantu ni memang hantu dan sangat-sangat berhantu kalau dilayan. Ok lah anak akak dah nangis. Demamnya tak kebah-kebah. Nak bagi dia ubat jap. Wassalam

2 comments:

  1. Bagi orang Cina, bulan ini adalah bulan hantu, saya tidak berani menyatakan tidak percaya saya takutkan 'kawan-kawan baik' ini akan mencari saya. Apa yang saya boleh menyatakan adalah benda-benda ini kalau percaya ia ada, kalau sebaliknya ia tiada.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Soo Ching, apa yang kita percaya akan menentukan dunia kita kan. Moga kita dapat menyesuaikan diri dengan makhluk2 halus ni.

    ReplyDelete