Friday, April 17, 2009

Tanah Airku Tercinta







Sambutan Penghayatan Kemerdekaan ke-50, SK. Taman Universiti.
Gambar atas-Tarian Joget Oh Malaysia oleh murid-murid tahun tahun 4'2007Malis perhimpunan sesi petang



Rentetan Perjuangan Bangsa Untuk Mencapai Kemerdekaan

Malaysia telah memperoleh kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa
rintangan yang terpaksa ditempuhi sebelum kemerdekaan negara diperolehi.
Rintangan yang terpaksa ditempuh ialah penguasaan Parti Komunis Malaya (1943) di Tanah Melayu melalui cawangan tenteranya yang dikenali sebagai MPAJA yang menggunakan lambang bintang tiga yang mewakili tiga kaum dalam masa 14 hari selepas Perang Dunia Kedua. PKM berjaya menguasai bandar, daerah, balai polis dan pejabat kerajaan yang ditinggalkan oleh Jepun. PKM menjalankan undang-undang mereka sendiri dengan menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa sahaja yang dianggap bekerjasama dengan Jepun, mengenakan cukai kepala, cukai harta, dan cukai tanah yang tinggi kepada penduduk kampung.

Inggeris telah mengisytiharkan darurat di Sungai Siput dan beberapa kawasan di Johor pada 18 Jun 1948, keesokannya di Tanah Melayu dan di Singapura pada 23 Jun 1948. Pada 28 dan 29 Disember 1955, Rundingan Baling diadakan antara wakil kerajaan Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock dengan wakil PKM Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin untuk menamatkan perjuangan PKM tetapi gagal.

Seterusnya semangat nasionalisme orang Melayu mula wujud apabila pentadbiran Malayan Union diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur. Gabenor Malayan Union yang pertama ialah Sir Edward Gent. Antara tujuan Malayan Union ialah membentuk satu bangsa Malayan Union, mengawal kuasa politik orang Melayu, menjimatkan perbelanjaan pentadbiran, menjamin kesinambungan kuasa British, memastikan sumbangan pendatang berterusan dan menyediakan Tanah Melayu ke arah pembentukan berkerajaan sendiri.

Malayan Union telah mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada sebuah tanah jajahan mahkota. Manakala ciri perlembagaannya pula ialah semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat digabungkan menjadi unit politik serta Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union ditubuh. Kerakyatan Malayan Union berasaskan kesamarataan dengan prinsip jus soli. Raja-raja hanya menjadi ahli Majlis Melayu yang membincangkan hal ehwal agama dan istiadat Melayu.

Penubuhan Malayan Union jelas menunjukkan usaha British untuk memperkukuhkan kuasa politik dan ekonominya. Muslihat British ini disedari dan ditentang oleh orang Melayu kerana terhapusnya kuasa raja-raja dan tamadun Melayu, kerakyatan Malayan Union terlalu longgar dan tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu. Penentangan orang Melayu secara individu, melalui akhbar dan secara kolektif. Ekoran itu, UMNO telah ditubuhkan dan Dato’ Onn Ja’afar merupakan presidennya yang pertama.
Orang Melayu telah mengadakan bantahan secara aman di seluruh Semenanjung dan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union. UMNO merupakan organisasi Melayu yang bertujuan untuk menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu penyatu bangsa dan penjana sosioekonomi serta tulang belakang kerajaan yang merdeka.

Seterusnya Parti Perikatan dibentuk dan Pilihan raya Majlis Bandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Parti Perikatan mendapat sokongan seluruh rakyat dan seperti yang dijanjikan Parti Perikatan menuntut kemerdekaan. Rundingan kemerdekaan di London telah berlangsung selama hampir tiga minggu iaitu 18 Jan – 8 Feb 1956. Perjanjian London telah dipersetujui dan ditandatangani.

Suruhanjaya Reid yang dipengerusikan oleh Lord William Reid telah ditubuhkan pada Mac 1956. Suruhanjaya Reid merupakan dokumen yang mengandungi peraturan tertinggi dan prinsip utama untuk mentadbir sebuah Negara. Sebanyak 131 memorandum termasuklah daripada raja Melayu, orang perseorangan, dan pertubuhan politik telah diterima. MPP telah meluluskan draf Perlembagaan 1957 dan Perjanjian Merdeka telah ditandatangani pada 15 Ogos 1957 di Kuala Lumpur. Bendera Union Jack telah diturunkan dan peristiwa penuh simbolik ini membawa makna pemerintahan penjajah British telah berakhir. Akhirnya detik kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tiba juga dan disempurnakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tarikh keramat 31 Ogos 1957.

No comments:

Post a Comment