Thursday, September 3, 2009


Malam tadi Pak Imam Membaca surah Al-Mulk. Antara kupasan yang diterangkan oleh penceramah jemputan semua insan dilahirkan suci seumpama air hujan dari langit bersih sebersih-bersihnya. Namun dalam perjalanan turun ke bumi bertembung segala unsur-unsur seperti habuk gas-gas dan toksid yang akan menyerap resap ke dalam air yang bersih tersebut. Apabila sampai ke bumi akan bercampur gaul dengan tanah dan sampai sarap yang akan mencemarkan air tersebut. Begitulah kehidupan kehidupan insan ini digambarkan dalam ayat tersebut.

Maka manusia yang tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan dianjurkan agar selalu bertaubat. Nabi Muhammad yang 'maksum' dan dijamin syurga oleh Allah SWT beristighfar tidak kurang 100 kali sehari dan bersolat taubat dan 'Qiamulalil' setiap malam, apakah wajar kita yang diibaratkan tercemar tersebut tidak melakukan sesuatu untuk membersihkan diri kita ini??? Aku sendiri berapa kali beristighfar?? Banyak sangat kut sampai lupa kira... atau sebaliknya. INGAT!!!

Ustaz turut menyentuh kisah artis remaja yang mahu hukuman sebat dijalankan ke atasnya akibat minum arak. Beliau menerangkan ramai umat islam takut dengan hukum Islam yang menurut pandangan kita yang dangkal ilmu ini. Dalam Islam yang sebenarnya kalau seorang pesalah yang ditangkap bersalah sedemikian tidak akan dihukum jika tidak mengaku melakukan kesalahan tersebut. Dan jika mengaku dan merayu tidak dihukum akan dipertimbangkan. sehingga 3 kali kesalahan dilakukannya barulah hukuman sebat sebat tersebut dijalankan ke atasnya.

4 comments:

  1. selalunya saya tidak mengaku salah, sebab saya merasakan semua yang saya buat tu memang tidak salah..saya tahu ini amalan tidak baik (kalau kawan saya, mereka memang masak dengan perangai buruk saya ni, sentiasa nak betul saja)...
    walau apapun, saya belajar dari kesilapan. saya ada soalan.
    kalau menyesal, adakah itu juga dikira bertaubat?

    ReplyDelete
  2. kak, sal dah baca blog kak ni. penuh keinsafan. rasa kerdilnya diri. insaf sgt2. tq coz kak beri cahaya pada kami semua. kau idola ku... smaga kak bjaya dalam apa jua bidang yang kak ceburi dlm hidup ini. ikhlas dari sal

    ReplyDelete
  3. selalunya kita hanya nampak kesalahan orang lain saje...sedangkan diri kita sebenarnya banyak melakukan kesalahan cuma kadangkala kita malu untuk mengakui kesalahan itu....apapun terima kasih kak nur kerana sudi berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  4. Oii, menyesal melakukan kesalahan dan berjanji utk tidak mengulanginya itulah taubat. Sebaik2nya selepas itu kita tidak mengulangi kesalahan tersebut. Namun kita manusia....
    Sal n Sue, terima kasih atas komen anda

    ReplyDelete