Saturday, September 5, 2009

Malam ke-8

Perbandingan yang ditinggalkan oleh Ustaz Zulkarnain : Pokok semakin banyak diberi benda busuk dan buruk( seperti najis manusia atau haiwan, sisa bakaran sampah dan sisa makanan ), semakin banyak buah yang dihasilkannya dan semakin manis dan lazat rasa buahnya.- ITULAH IMAN.

Kata Ustaz Zul,
  1. Sunnah paling besar yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah SAW ialah solat berjemaah, hatta sehingga usianya hampir sampai ke penghujung baginda meminta para sahabat memapahnya ke masjid. Oleh itu sedaya upaya berjemaahlah.
  2. Akrab dan rasa kecintaan antara seorang dengan seorang yang lain sama ada antara sahabat mahupun darah daging dapat dizahirkan apabila ada rasa rindu dan keinginan kerapnya berjumpa. Maka akrabnya hubungan manusia dengan Penciptanya ialah dengan kerapnya manusia itu mengunjungi rumah penciptanya iaitu masjid terutamanya apabila hendak berjumpa dengannya iaitu ketika hendak bersolat. Terutamanya kaum Adam.
  3. Jangan batalkan sedekah dengan ungkitan!!!! Menyebut-nyebut samaada bagi tujuan menunjuk-nunjuk atau sebagainya.

2 comments:

  1. bagus betul k nur selalu ingat-mengingati antara satu sama lain. lebih-lebih lagi kepada saya yang selalu alpa ini. terima kasih k nur...

    ReplyDelete
  2. Akak sebenarnya inin mengigatkan diri akak yang sering hanyut dan terleka. Kalau ada yang sudi membaca alhamdulillah...

    ReplyDelete