Al-kisah tiga minggu Avanzaku tersadai dibengkel, suamiku nak beli motor baru. Waduh, tuhan memang nak memakbulkan doa orang yang soleh (bisikku). Memang sebelum Avanzaku ditimpa malang suamiku selalu meluahkan hasrat hatinya tapi aku beri pelbagai alasan. Namun akibat selalu berebutkan Cherade Aura berplat ABU yang lebih dikenali sebagai Pak Abu, putus lidahku nak menolak hasrat murninya itu. Maka di satu petang yang hening suamiku yang manja minta ditemankan ke kedai motor di Seri Serdang. Sebagai isteri solehah aku pun menuruti kemahuannya dan turut memberi kerjasama dalam sesi memilih serta tawar menawar yang tiada tawar-tawar harganya.
Walaupun motor selalu memberikan suatu tanggapan bahawa ia adalah suatu kenderaan yang membahaya. Tetapi tidak dinafikan ia amat mudah dan murah menggunakannya terutama di Kuala Lumpur. Saya juga ingin belajar menunggang motor, tetapi ibuku tidak mengizinkan...
Saya tak pandai bawa motor selalu lupa dah masuk sampai gear apa. Bahaya. Tapi kenderaan beroda dua yang saya lebih mahir adalah basikal. Tak yah tukar gear.
Sirih bertingkat si sirih junjung, Buat mengiring raja sehari; Sila singgah sila berkunjung, Laman Pendeta sedia menanti.
"Semoga laman ini dapat memberi manfaat kepada kita semua...Amin"
Namaku...
Dr dan aku
Ibarat langit dan bumi.Akulah bumi itu yang sentiasa menadah curahan ilmu yang kau turunkan bagi menyuburkan akar-akar minda. Kau sinari dengan cahaya yang menerangi siangku bagi menyegarkan pucuk-pucuk ilmu yang lewat tunasnya dan terangi malamku agar tidak aku teraba-raba kesesatan dalam kejahilan.Terima kasih Dr.
Detik Waktu
POTRET KASIH
Bergambar di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, bersama suami yang sangat memahami diri ini. Semoga Allah membalas segala pengertian yang abang tunjukkan. Amin...
Lebaran 2007. Bergambar bersama-sama ayahbonda mertua yang sangat banyak memberi tunjuk ajar dalam mengharungi hidup. Merekalah tempat melepaskan rindu terhadap ayahbonda yang telah menemui Ilahi. Semoga keempat-empat orang yang disanjungi mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat.
16 tahun mengajar di SK Seri kaya, Bota Perak, saya berhijrah meninggalkan kampung halaman mengikut suami yang ditukarkan ke Serdang. Sekolah pertama di Selangor, SK. Taman Universiti. Bertukar kali ke-2 mengikut Mamat yang masuk ke kelas Pendidikan Khas.
Tahun ini merupakan tahun ke-2 saya mengajar di SK. Serdang. Sebagai pelajar separuh masa di UPM dengan beban kerja di sekolah disamping tugas sebagai ibu kepada 6 orang anak yang masih bersekolah semuanya merupakan cabaran hebat buat diri ini. Semoga ia bukan halangan bahkan menjadi ubat paling mujarab.
Walaupun motor selalu memberikan suatu tanggapan bahawa ia adalah suatu kenderaan yang membahaya. Tetapi tidak dinafikan ia amat mudah dan murah menggunakannya terutama di Kuala Lumpur. Saya juga ingin belajar menunggang motor, tetapi ibuku tidak mengizinkan...
ReplyDeleteSaya tak pandai bawa motor selalu lupa dah masuk sampai gear apa. Bahaya.
ReplyDeleteTapi kenderaan beroda dua yang saya lebih mahir adalah basikal. Tak yah tukar gear.
akhirnya....dapat tengok akak menunggang motor...romantik gitu. bukan senang nak tengok kan. apa-apa pun sabarlah. nak tahu kisah akak naik motor saya buka blog ni...hehehehe
ReplyDelete